Takkan hari ini update blog dengan ayat: aku masih kurang sihat... huhuhu..hakikatnya begitu.. aku memang spesies kalau demam lambat sembuh. Jadi terfikirlah tadi, cadangnya biarlah blog ni sepi.
Akan tetapi,
Kebetulan pagi ni terasa mahu buat roti...masalahnya aku tidak pernah buat. Jadi, aku google lah. Bukan tiada resipi laki aku, berlambak..masalahnya aku tidak faham...laki aku pulak dah pergi kerja. Resipinya tulis bahan saja,kaya-raya dengan 'short form'.. langkah-langkah tu tiada...maklumlah, resipi orang pro. Buku resipi pun ada berlambak, masalahnya aku 'malas' menyelak buku tebal-tebal yang lebih tebal daripada kamus dewan. hihihi.. Jadi, hasil carian 'easy breakfast', aku jumpa resipi ni dalam food.com. Bolehlah kan, resipi sebagai entri..
Memandangkan semua bahan-bahannya ada di rumah, aku pun mencubalah buat... sila guna 'measuring cup' dan 'measuring spoon'.. aku beli di kedai bakeri hari tu cup=RM14.90, spoon=RM9.90. sangat membantu.
Apple Bread
*tsp=teaspoon
Bahan A:
3 cup tepung gandum
1 1/2 tsp serbuk kayu manis
1 tsp baking soda
1 tsp salt
1/4 tsp baking powder
Bahan B:
3 biji telur gred A
2 cup gula
1 cup minyak jagung/masak
1 tsp vanilla
2 cup epal dipotong dadu
1/2 cup walnut (dipotong-potong)
1 tsp tepung gandum
(aku cuma buat separuh resipi, sebab yang makannya cuma aku dan Vee jr)
- campurkan kesemua bahan A dalam satu bekas. Aku ayak semua sekali.
- Pukul telur, lepas tu masukkan gula. agak-agak dah sebati (gula dah hancur), masuk minyak.
- masukkan vanilla dan kesemua campuran bahan A tadi hingga sebati.
- Masukkan epal.aku guna epal hijau granny smith. Kalau granny smith tiada, gunalah siapa-siapa punya epal pun..hihihi.
- campurkan walnut dan 1 tsp tepung, kemudian campurkan ke dalam adunan.
- tuangkan ke dalam bekas loyang 'loaf',atau bekas 8x3x3. boleh dapat 2 bekas kalau ikut resipi di atas..
- bakar 170 C, 50-60 minit atau sehingga masak (uji dengan lidi sate. kalau bersih apabila ditarik selepas dicucuk pada kek, masaklah tu.)
Potong dan makan dengan milo atau kopi panas...memang sedap! Bau serbuk kayu manis pun menawan hati...
Spoilnya, aku guna minyak canola tadi..sebab aku dari dulu memang tidak gemar dengan bau minyak ni. Next time guna minyak jagung atau minyak masaklah..lepas tu, lain kali aku mesti letak epal banyak sikit. Cubalah buat, senang sahaja...aku start buat tadi jam 11 lebih, sekarang 12:41pm tengah mengunyah. hihi..
Lepas tu aku terfikir, ini kategori rotikah? sebab rasa macam kek..tidak guna tepung roti pun.. hmm..apa-apalah, janji aku suka. =p
No comments:
Post a Comment