Siapa pernah tengok V for Vendetta? Kalau pernah tengok, mesti ingat 'egg in the basket' yang dia sediakan untuk Evey.
Pagi ini terasa nak buat sarapan ala V tu pulak... Sampai sekarang, satu-satunya yang aku ingat tentang filem tu selain daripada topeng dan letupan bermuzikalnya, sudah tentulah sarapan yang nampak sedap tu. Mula-mula dulu ingatkan telur tu main letak sahaja atas roti, patutlah tak jadi-jadi aku buat..hahaha. Bila sudah tahu,bukannya susah pun...
bahan-bahannya:
Sebiji telur untuk setiap sekeping roti, dan
sedikit mentega
Mula-mula, gunakan cawan untuk membuat lubang di tengah-tengah roti.
Panaskan sedikit mentega. Kalau mentega tiada.. marjerin atau minyak pun boleh, asalkan kamu rasa bahagia..hihihi. Sudah panas, letaklah roti berlubang tu. Kemudian pecahkan sebiji telur yang di tengah-tengah. kalau kamu rasa tiada masalah dengan kalori, bolehlah banyakkan mentega tu sampai penuh permukaan kuali macam si V for Vendetta tu buat. Dah warna keperangan di bahagian bawah tu, bolehlah terbalikkan. kalau terror, bolehlah buat gaya ala V dengan melambung roti tu.
Dah siap pun. Boleh dimakan begitu sahaja sebab mentega tu memberi rasa lemak-lemak masin. Kalau ada kari ayam, pergh...lagi sedap. Makan dengan sardin pun aku pernah buat. Veenea yang kategori 'picky eaters' tu pun boleh habiskan sekeping tadi. Okey, selamat mencuba.
nampak sedap.nti mau try..hehe
ReplyDeletetry la.. senang saja buat tu..=p
DeleteWaaa best nya
ReplyDeletesimple =p
Delete