Hari ini aku kena masak juga nenas ni.
Nenas ni ada kisahnya. Ia ditanam ketika aku mendirikan rumahtangga dahulu. mak mertua aku minta anak nenas dari makcik aku, bawa balik sini untuk ditanam. Hah, selepas 3 tahun 7 bulan 2 minggu inilah hasilnya. jadi, aku pun dari hari Sabtu lepas (masa diambil dari pokoknya yang ditanam bawah pokok jambu), dok memikir nak buat apa dengan nenas ni. selama aku kahwin, ada sekali sahaja rasanya aku beli nenas sebab teringin makan pajeri nenas. tu pun tak berapa nak jadi, hahaha.kalau nenas ni beli kat tesco, taklah juga aku memikir sangat, tapi nenas ni rasa istimewa pula... Tanam semasa baru kahwin, sekarang Veenea dah nak masuk 3 tahun. Mula-mula ingat nak tunggu suami aku balik Jumaat ni, tapi dah kuning sangat. Takut jadi buruk pulak.
Akhirnya aku pun buat keputusan masak ayam nenas. Entahlah, tak pernah buat pun. Tapi aku dengan super confident mencari bahan-bahan yang ada. teringat chef dalam rancangan Chef at home... masak tanpa resipi. Hah, aku pun masak main hentam sajalah..
Bahan-bahan
1 dada ayam /isi ayam
1/4 biji nenas kecil dipotong-potong
1 biji tomato dipotong 8
1/2 biji bawang kuning dipotong dadu
1/2 biji cili merah besar dihiris
1 susu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu teh serbuk pati ayam
garam + serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
Mula-mula goreng ayam yang dilumur garam dan serbuk kunyit sehingga 3/4 masak atau masak sepenuhnya. ketepikan.
Tumis bawang besar dan cili.
masukkan nenas dan tomato, kacau.
masukkan sos tomato, sos cili, serbuk pati ayam. kacau rata. tambah sedikit air.
masukkan ayam tadi. perasakan dengan garam jika tak cukup masin.
kacau, dalam 5 minit.
siap!
senang kan? aku tengah masak ni sambil ditarik-tarik Veenea yang nak aku temankan dia tengok tv. memang masak campak-campak sahaja. Sebenarnya sukatan yang aku bagi di atas tu pun bukannya 'exactly', dah nama masak 'campak-campak' kan.. terutama sos tu, aku taklah rajin tuang dalam sudu sebelum masukkan ke dalam kuali, main agak-agak sahaja. Mulut aku pula masa tu tengah membebel sebab Veenea merengek-rengek.
Rasa? Sedaplah. ada rasa nenas, hehe. Aku rasa sedap sebab Veenea makan dengan penuh berselera. Aku bagi banyak kuah sebab Veenea macam daddynya, makan kena berkuah.
Sekarang, aku kena fikir lagi..nak buat apa pulak dengan baki nenas yang tinggal.. hmmm. makan begitu sahaja? boleh jugak kan..dahlah rasanya manis. =p
kotolon sy nampak.. huhu..
ReplyDeletehehe, cubalah masak.
ReplyDelete