Pages

ads

Friday, April 20, 2012

Bukan Sekadar Ayam


Sebut ayam goreng, berapa orang di antara kita yang akan teringat KFC?

Okey, aku sebenarnya mahu bercerita tentang kisah Harland Sanders. Siapa tu? Kalau aku sebut Colonel Sanders, mungkin ada yang tahu. Dialah bapa kepada ayam goreng yang sedap hingga menjilat jari ini. Tahukah anda, di sebalik kewujudan beribu-ribu buah restoran KFC di seluruh dunia, permulaannya bukan mudah.

Colonel Sanders yang memiliki resipi ayam goreng ini mendapat idea untuk membuat demo masakan, dan jika pemilik restoran menyukainya, perjanjian akan dibuat dan paket resipi rahsianya akan dihantar ke restoran tersebut. Colonel Sanders akan mendapat persen keuntungan daripada setiap jualan ayam goreng yang menggunakan resipinya. Entah dari mana dia dapat idea bijak ini. Namun ia tidak semudah itu... Tidak semudah idea dan kata-kata.

Dia harus mengembara dan tidur di dalam kereta buruknya selama 2 tahun dan mendengar jawapan "TIDAK" sebanyak 1009 kali, sebelum mendengar jawapan "YA" yang pertama.


Tak payah nak buat muka terkejut, aku cakap betul. Sebut betul-betul:

SATU RIBU SEMBILAN KALI.

Terus-terang, aku mungkin tidak akan sanggup bertahan seperti dia. Perlu diingatkan, dia berumur 65 tahun ketika itu.. Kuat sungguh semangat orang tua ini!

Bayangkan jika dia mengalah pada kali ke-1009 itu. Bayangkan jika dia ambil keputusan melupakan idea gilanya, dan balik kampung hisap rokok dan duduk di kerusi malas, lepak main dam aji di kedai kopi bagi menghabiskan usia tua (sebagaimana rutin harian kebanyakan warga tua di negara kita berdasarkan drama Melayu dalam TV). KIRIM SALAM kita nak merasa ayam goreng yang sedap ini...

Moralnya, kita kaitkan dengan apa yang kita lakukan dalam hidup kita. Berapa kali kita rasa 'jatuh tersungkur'. Berapa kali kita gagal dan kalau rasa-rasa mahu berputus harapan, ingatlah KFC. Beritahu diri anda, kalau seorang tua berumur 65 tahun boleh menghadapi 1009 kali kegagalan, anda juga boleh.

Anda masih tidak dibenarkan mengalah selagi mana anda tidak mencapai 1009 kali kegagalan. malu beb dengan orang tua ni!

Dia akhirnya memiliki 600 buah restoran francais, sebelum menjualnya pada tahun 1964 dan seperti mana yang kita lihat hari ini...restoran ini semakin banyak dibuka di mana-mana. Tabik spring buat Colonel Sanders, kau adalah salah seorang sumber inspirasiku dalam mengejar cita-cita!

sumber: http://www.articlesbase.com/entrepreneurship-articles/colonel-sanders-story-of-perseverance-entrepreneurship-100394.html

No comments:

Post a Comment