Veenea baru bangun, dan sudah tentu dia mengambil masa untuk tidur semula. Aku pun memikirkan apa yang harus dilakukan. Sambil-sambil tu, aku transferkan tepung yang baru dibeli hari tu ke dalam tin. Sudahnya, Veenea yang macam 'radar' tu, menangis nak main tepung. Waduh, memang kuah bapaknya jatuh ke anak perempuannya ini...pantang nampak tepung, mesti nak buat main. Maka, aku dapat satu idea..kebetulan tiada roti, maka aku pun teringat video youtube yang aku download hari tu.. sementara melayan Veenea yang nak main tepung, aku pun mencubalah buat roti putih. Kebetulan baki seri kaya yang aku buat hari tu ada lagi.. Masalahnya, aku tiada acuan/loyang khas untuk roti (loaf).. Adakah ini membantutkan niat aku?.. haha, tidak...aku ambil keputusan guna acuan kek yang lebih kecil.Okey, marilah kita tengok resipi roti putih dan seri kaya. Buatan sendirian berhad..
Roti Putih (basic)
(versi resipi roti putih yang lain klik di sini)
1 cawan air suam
setengah 1/4 cup gula
1 tbs yis
1tsp garam
1tbs + 1tsp minyak
tepung secukupnya (lebih kurang 3 cup)
*aku gunakan tepung gandum cap lili yang murah dan tiada peluntur, RM1.35 sahaja sekilo.. (Sekarang ni musim orang sibuk mem'banned' tepung berpeluntur)
- (larutan air dan gula ) + yis dicampurkan di dalam bowl, biar 10 minit.
- masukkan garam + minyak. kacau rata.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mengacau sebati menggunakan sudip kayu, sehingga tidak boleh dikacau lagi. Kalau tengok dalam video tu, lagi jelas.
-keluarkan doh dari bowl, uli hingga tidak melekat lagi. (tepung ditambah sedikit-sedikit).
- masukkan dalam bekas besar, tutup dengan plastik, rehatkan selama setengah jam.
- doh ditumbuk untuk mengeluarkan angin. Gelek menggunakan penggelek sehingga nipis. gulungkan doh dan bentukkan agar muat pada acuan yang telah disapu sedikit minyak/ butter.
-rehatkan 15 minit, sebelum dibakar selama 25minit pada suhu 190 celcius. Tidak perlu 'preheat' oven. selepas siap dibakar, keluarkan serta-merta dari acuan dan sapu bahagian atas roti dengan sedikit butter. Tutup dengan kain tuala dan sejukkan.
- di bawah ni Video youtube yang aku ikut resipinya sebijik..cuma buat 1/4 dari resipi asal sebab cuma nak buat 1 buku roti.
*sila gunakan measuring cup dan spoon bersaiz standard.
Seri Kaya Karamel
Resipi asal seri kaya karamel boleh dapat dari jintanmanis (sila klik).
Bahan-bahan A
4 biji kuning telur gred B
400ml santan ( santan kotak)
180 g gula pasir
2 sudu makan tepung kastad dibancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan, disimpul
Bahan-bahan B (Karamel):
60 g gula pasir
125 ml air panas
-(untuk karamel)masak gula dalam periuk sehingga mula keperangan. Masukkan air panas, dan kacau perlahan hingga sebati dan sedikit pekat. Ketepikan.
- satukan bahan A (kecuali daun pandan), kacau guna whisk hingga gula hancur. Tapis dan masukkan dalam periuk.
-masak atas api sederhana, masukkan karamel tadi perlahan-lahan, masukkan daun pandan.
-hendaklah sentiasa dikacau hingga pekat (lebih kurang 25 minit).
-setelah masak, sejukkan. simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
Salah satu tujuan aku buat adalah untuk menghabiskan kuning telur yang berlambak hasil daripada pembikinan macaron.
Hasilnya.. roti putih tu memang sangat lembut. walaupun tidak selawa roti gardenia, sebab tiada acuan khas roti..namun begitu menggoda kelembutannya..Wah, lepas ni tak payah beli roti lagilah.. Selamat sebab tiada bahan pengawet... Veenea pun dok memuji "delicious" sepanjang mengunyah.. ditambah pulak dengan sapuan seri kaya aku yang sedap macam dibeli dari kedai, ahaks!
*sila abaikan bentuk roti aku yang tak lawa... oh encik suami, sila belikan aku acuan roti..
Cubalah buat, =p
Suka pesanan yg last ya
ReplyDeleteney satu tini.. pengabaian bentuk roti, or cubalah buat? hihi. anyway, roti putih kmk semakin kacak. peewwiitt.
Delete