Pages

ads

Wednesday, April 25, 2012

Cinnamon Rolls

Pagi ini rumah dipenuhi haruman Cinnamon rolls yang segar dari oven. Tu pasal aku mencuba resipi ni, saja nak mengharumkan rumah, hihihi.
resipi asal aku ikut dari joyofbaking. Cuma bahagian intinya tu aku tak ikut sebab di rumah tiada stok brown sugar. Lepas tu, set masa aku 'cut' separuh, memandangkan kita berada di garisan khatulistiwa. Aku anggap persekitaran lebih panas walaupun akhir-akhir ni hujan sentiasa. Lepas tu, aku kurang rajin nak men'glaze'kan roti ni. Sangat digalakkan menonton video cara-cara pembikinan di joyofbaking, sebab boleh nampak praktikalnya dengan jelas. Walaupun mungkin ada yang tidak faham bahasa Inggeris, tengok sahaja.. sekurang-kurangnya dapat sikit gambaran, apatah lagi jika pertama kali mencuba macam aku. Oh, ya..aku cuba buat guna senduk awal-awal tu (menggantikan part mesin). Serba manual, menganggap diri kembali ke zaman kolonial..ahaks!

* sila guna measuring cup & spoon bersaiz standard.


Cinnamon Rolls
resipi asal : joyofbaking.com

doh:
4 1/2 - 5 cup tepung
2 tsp active dry yeast
1 cup susu segar
1/3 cup butter
1/3 cup gula
1/2 tsp garam
3 biji telur gred B

inti:
3/4 cup gula
2 tbs serbuk kayu manis
1/2 cup campuran kismis (pilihan)
1/2 cup mentega (dicairkan)

1) 2 1/4 cup tepung + yis, digaul bersama dalam bowl.
2) panaskan susu+gula+butter+garam, sehingga suam / butter mula mencair. (panas lebih kurang macam kepanasan susu botol baby)
3) masukkan campuran susu tadi perlahan-lahan ke campuran tepung, sambil mengacau guna senduk (atau pada kelajuan perlahan jika guna mixer). Kacau sebati.
4) masukkan telur sebiji demi sebiji. Kacau sebati setiap kali.
5) masukkan tepung sedikit-sedikit hingga tidak boleh dikacau lagi. Lepas tu boleh guna tangan untuk menguli hingga tidak melekat.
6) rehatkan doh selama sejam ( doh dua kali naik) di dalam bowl yang ditutup plastik.
7) tumbuk doh untuk mengeluarkan udara. rehatkan lagi 10 minit. sementara itu, bolehlah buat intinya. campurkan gula dan serbuk kayu manis.
8) bentukkan dan canai nipis doh menggunakan penggelek untuk membentuk 4 segi 12 inci x 12 inci. Sapu permukaan dengan butter cair, dan tabur rata campuran gula+serbuk kayu manis tadi. Kalau suka, boleh tabur sekali kismis.
9) gulung doh, tapi jangan terlalu 'ketat'. Jika ketat sangat, ia mengakibatkan bahagian tengah roti akan tersembul keluar bila dibakar.
10)Potong kepada beberapa bahagian berdasarkan keluasan loyang pembakar anda, sebab roti ni perlu disusun muat-muat. Tutup dengan plastik, dan rehatkan lagi 30minit. Pada peringkat ini, jika anda berhajat untuk membakarnya kemudian, bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk semalaman, (maksimum 24 jam). Contohnya jika membuat semua langkah di atas pada waktu malam, keesokan paginya keluarkan dari peti, buka plastik penutup dan biarkan 30 minit pada suhu bilik. kalau ada gelembung udara, boleh dicucuk dengan lidi.
11) Sapu permukaan roti dengan "half-and-half"(light cream) , atau kalau nak sempoi macam aku, guna susu sahaja...hihi
12) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, 190 celcius lebih kurang 30minit atau sehingga permukaan roti warna keperangan.(sila kenali oven anda). Kalau kita ketuk roti tu dengan jari, dia bunyi 'hollow'... macam ada ruang dan ringan.
13) makan roti panas-panas, pekena dengan kopi Tenom pulak.. perrghhh.

Okey, begitulah cerita Cinnamon rolls aku pagi ini. Kalau rasa-rasa nak mengharumkan suasana pagi dengan semerbak kayu manis, Cinnamon rolls lah jawapannya! =p


No comments:

Post a Comment