Pages

ads

Monday, April 30, 2012

Buku Percuma

Buku percuma? Ya. dan ini bukan iklan-iklan mengarut dengan page panjang sampai ke bawah nun yang memerlukan kita scroll guna mouse/jari sampai pening mata nak membaca. This is real.Aku cuma nak kongsi sebab dah banyak buku yang aku download.

Pergilah laman web ini: http://www.free-ebooks.net/, dan jadilah ahli. Ahli percuma ada..ahli VIP pun ada. Aku mampu jadi ahli biasa sahaja...ahli percuma yang tak payah bayar apa-apa.


Dalam sebulan anda boleh mendowload 5 buku percuma dari pelbagai genre. 5 sahaja? Banyak tu.... Bagi percuma pulak kan. Dah banyak bulan juga aku jadi member (sejak berhenti kerja), dan banyak juga buku (atau e-book) yang aku dah download. Kalau yang jadi VIP member tu, downloadlah sampai habis semua buku yang ada di sana.haha. Tapi yang bestnya, tiap-tiap bulan web ni ada buku baru. jadi...takkan habis punya.

Aku memang ulat buku sejak zaman budak-budak, sebab tulah aku berbesar hati kongsi link yang menarik ni. Aku jenis boleh duduk berkurung di rumah dan tak keluar shopping-shopping untuk berminggu-minggu, asalkan ada akses kepada bahan bacaan. Jangan risau, tiada 'saham' pun aku dapat dengan buat macam ni...ini bukan sistem MLM atau benda mengarut piramid, upline dan downline..hahaha. Berkongsi maklumat yang bermanfaat tu kan bagus.

Oh ya..semua buku dalam Bahasa Inggeris. Novel sedih, seram, romantik..tips-tips kesihatan, pemakanan, motivasi, cerita lawak, resipi...semua pun ada. Budayakan amalan membaca. =)

nota kaki: sedih sebenarnya tak dapat ke pesta buku tahun ni..huhuhu.

No comments:

Post a Comment