Selepas tengok filem Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) hari tu di TV2, aku memanglah di alam mood romantik begitu... Disebabkan CD KKHH aku sudah hilang entah ke mana, aku pun mencarilah di dalam youtube. Habis satu filem aku download (21 files). hohoho. walaupun kualitinya memanglah kureng, malah banyak 'cut' sana-sini.. kira ok lah..lagipun aku memang sudah hafal jalan cerita.
Aku sekali lagi mencari bahagian lagu tertentu pada filem ini. Biasalah, bukan filem hindustani namanya kalau tiada lagu. Istimewanya filem ini, semua dan SEMUA (aku bagi huruf besar lagi) lagu dalam filem ini bukan tangkap muat punya. Semua best.
Aku jumpa pautan ini dalam youtube,
Ini antara scene cum lagu favourite aku, sebabnya Kajol nampak betul-betul cantik (di mata akulah). Apatah lagi selepas separuh movie sebelumnya Kajol berimejkan gadis tomboi sepenuhnya. Bila keluar lagu ni, memang totally transform sampai rasa mata tidak berkelip tengok si Kajol.
Dari peng'upload' yang sama, ada lagu-lagu filem KKHH yang lain. Siapapun orang yang memuat-naik video ni, aku betul-betul rasa 'wow' sebab kualiti video yang sangat bagus..maksud aku pixel (atau apa-apalah istilah yang sewaktu dengannya) video ni. Aku selalu ada mind-set kalau video dari youtube, kualitinya agak kureng sikit. Kalau pun ok, mesti saiznya besar gedabak yang lambat macam siput untuk di'loading' sekaligus memenuhkan kuota broadband aku dengan cepat sebelum hujung bulan. Tapi video-videoklip ni rasa berbaloi. Kualiti ok pada saiz fail yang ok lah.. masihlah berpuluh MB, tapi rasa puashati. Mungkin sebab 'menatang' 'blu-ray' tu ke apa? hahaha. Maaflah, sejak habis belajar, pemikiran ala-ala teknologi/multimedia aku sudah tidak ter 'up-to-date' dah.
Itulah saja aku mau cakap. kantoi kan, yang aku ni boleh tahan berjiwang-jiwangan. Tidak banyak filem hindustan yang aku layan sepanjang hidup aku...mungkin dalam 10++ filem. Bohonglah kalau aku cakap cuma tengok 10 filem..lebih. tapi yang aku ingat cuma dalam sekitar jumlah itu...kalau aksi tumbuk-tumbuk terbang-terbang tu memang aku tak ingatlah...hihi. tapi yang ini memang sangat terkesan di hati aku. Cerita yang berkisar tentang kekeluargaan, persahabatan dan sudah tentu percintaan. Yang penting bukan seperti kebanyakan (tidak semua) filem romantik Barat yang biasanya beraroma atau gerenti punya terselit adegan seks. O_o. Betullah, cuba fikir-fikir balik.
Hmmm. Lama aku tunggu Karan Johar membuat filem yang 'berhantu' macam ni lagi. memang ada banyak filem, macam Kal Ho Naa Ho, Khabi Khusi Khabie Gham.. tapi masih tidak seperti KKHH. Mungkin sebab filem ini ada kekuatan tersendiri..the chemistry between Hero and Heroine, lagu-lagu dan koreografi tarian yang begitu 'blended' dengan tema...yup again, jalan ceritanya. Cerita biasa yang ada sentuhan luar biasa.
No comments:
Post a Comment