Pages

ads

Tuesday, July 31, 2012

Bagaimana aku mengenali Harry Potter

Beberapa minggu lepas, aku mengikuti cerita Harry Potter di TV2 yang disiarkan pada jam 10 malam, hari Jumaat. Aku berpeluang menonton semula filem bersiri Harry Potter dari yang pertama hingga keempat. Rasanya untuk minggu ini, sudah tidak ada memandangkan tiada iklan tentang penayangan sekuel seterusnya.

Harry Potter.
Pertama kali aku mendengar nama ini semasa aku di matrikulasi, dari mulut salah seorang sahabat baik aku, Erni Maaman. Masa tu tengah kecoh-kecoh nak keluar filem sekuel pertama Harry Potter, "Harry Potter and The Philospher's Stone". Aku sudah tentu rasa ingin tahu memandangkan cerita filem ini begitu cepat menular. Aku masih ingat bila mana Erni menjawab soalan aku sepintas lalu, tentang Harry Potter, seorang budak yang serabai rambutnya menutupi dahi dan parutnya. Okey, pada masa itu aku memang tidak dapat menangkap walau satu perkataan pun tentang idea kehebatan Harry Potter. I was blur. Memang sentiasa blur..hahaha. Selepas menontonnya pertama kali di panggung, memang best!

Sejak itu, aku sentiasa menonton sekuel Harry Potter kesemuanya di panggung. Siri yang kedua, Harry Potter and the Chamber of Secrets, semasa di Unimas. masa tu baru-baru masuk Unimas. Aku menontonnya seorang, kalau tak silap.Siri ketiga, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban. Lepas tu  siri keempat, Harry Potter and The Goblet of Fire, aku menontonnya dengan Tini..pembuka ceritanya ular yang menjalar..aku ingat sebab di sebelah aku ada seorang penonton yang begitu curious (sebab lambat masuk panggung beberapa saat). dia tidak henti-henti bertanya apakah 'scene' yang dia terlepas tonton..sedangkan dia cuma terlepas tonton keluarnya logo 'WB'.hahaha.Kalau ikut kepala jahat, mahu aku cakap masa tu yang dia dah terlepas banyak 'aksi'. Sure dia akan beli tiket untuk menonton sekali lagi.

Lepas tu, aku tidak ada kesempatan menontonnya lagi.Puncanya, aku terlepas filem yang kelima, Harry Potter and the Order of Phoenix. Aku merasakan, dengan 'gap' satu episod sudah tentu tidak seronok lagi untuk menonton episod yang seterusnya. Entahlah, kenapa aku tidak menontonnya melalui VCD. Cuma sehinggalah selepas menonton kembali filem ini di TV2, aku terfikir untuk menonton penuh kesemua episod filem (8 filem) ini. dalam tempoh sehari, kesemua 8 episod ada di laptop aku sekarang. akhirnya, aku menonton habis juga kesemuanya, setelah sekian lama..11 tahun.

Ya, siapa sangka novel tulisan JK Rowling ini berjaya menimbulkan fenomena tersendiri. Untuk 10-20 tahun akan datang, aku percaya Harry Potter akan sentiasa jadi 'legenda' di kalangan penggemar novel dan filem.Oh, ya..if you're wondering.. Aku belum membaca novel Harry Potter walaupun aku begitu meminati filemnya. hihi. Sedangkan dulu kawan sebilik aku, Yanteh merupakan peminat novel ini, cuma  aku terlalu sibuk untuk membacanya pada waktu itu. Tapi terfikir untuk mencari koleksi novel ini, selepas selesai menonton kesemua filem-filemnya. Kalau ada BBW akan datang dan berkesempatan, sudah tentu aku akan mencarinya di sana.

2 comments:

  1. download kat sine sampe ada semua filem ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. torrentcrazy.com dear. banyak link, pilih yang banyak 'like'. hihi. takut ada worm ka apa.. then cari subtitle english, memandangkan kmk sik berapa 'bagus' dalam mendengar perkataan english...combinekan. muntah darah kmk duak Vee Jr nanggar harry potter, marathon 1-8. muahaha. Sampei Vee Jr tetak nanggar kmk buat 'spell' ala-ala voldemort..ava kedavra!

      Delete