Pages

ads

Tuesday, March 12, 2013

Desa Cattle Kundasang

Aku jarang-jarang ambil peduli tentang statistik blog aku, tapi agak pelik bila melihat graf pengunjung yang tiba-tiba naik mencanak. Rupa-rupanya entri lepas mengenai J Residence agak menjadi tumpuan. Kebetulan aku ada share entri tersebut di page facebook J Residence. Mudah-mudahanlah boleh menjadi panduan kepada sesiapa yang berhajat hendak berkunjung ke kaki Gunung Kinabalu.

Okey, aku sebenarnya nak kongsi satu lagi lokasi yang terletak di Kundasang, Desa Cattle Dairy Farm. Sejujurnya, sehinggalah tahun ini, aku tidak pernah menyedari akan kewujudan tentang tempat ni...pitty me! huhu. Nama saja orang Sabah. hihi. Aku mendapat tahu melalui adik lelaki aku semasa percutian keluarga Januari lalu. awal bulan ini, sekali lagi aku ke sana kerana daddy Veenea teringin merasai suasan ladang lembu ala New Zealand. Jadi, gambar-gambar yang aku muatkan adalah dari 2 kali kunjungan ke sini.

Tempat ini terletak tidak jauh dari Pekan Kundasang, iaitu cuma kira-kira 20 minit perjalanan. jalannya turun naik bukit, tapi berkeadaan baik. Asalkan ikut papan tanda arah yang bertulis 'Desa cattle', Insya Allah boleh selamat sampai. Yuran masuk adalah RM4 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Maklumat lanjut, bolehlah rujuk di www.facebook.com/desacattlefarm.

Perkara yang menarik di tempat ini sudah tentulah lembu-lembu yang serupa dengan lembu yang biasa kita tengok dalam iklan susu. Berkeliaran dengan sihatnya di ladang rumput yang luas terbentang betul-betul di kaki Gunung Kinabalu. Semasa kunjungan pertama dahulu, cuaca tidak begitu dingin. Namun pada kunjungan kedua, boleh nampak kabus di kejauhan. Kedinginan juga menyapa lembut kulit wajah. =)

sebaik sahaja melepasi pintu masuk, destinasi utama sudah tentunya ke bangunan Desa Cattle. Tempat parking kereta agak terhad di pekarangan bangunan ini. Semasa kunjungan pertama, kena park kereta di tempat yang agak jauh. Namun, pada kunjungan kedua, alhamdulillah..boleh park depan-depan. Dalam bangunan ni, aktivitinya melihat pemprosesan susu (melalui cermin tembus pandang). Lepas tu bolehlah merasa minum susu segar pada kadar harga RM3.++ 1/2 liter, RM5.++ 1 liter (tak ingat dah harga penuh). Ada perisa coklat dan susu plain. bolehlah membeli T-shirt, keychain, poskad dan banyak lagi jenis cenderahati. tapi, 'paling manang'lah juga bila makan-makan aiskrim..hahaha.

Jangan lupa mengunjungi anak-anak lembu dan kambing di kandang khas. Kalau rasa-rasa nak ambil pose istimewa, bolehlah 'menyewa' botol susu / rumput untuk diberi kepada anak-anak lembu & kambing ini. Veenea sangatlah teruja dengan anak lembu yang menghulurkan kepalanya. Aku mendapat tahu ada aktiviti memerah susu lembu pada waktu-waktu tertentu (rujuk FB), tapi memandangkan 2 kali kunjungan ni berlaku di pagi-pagi hari, maka tiadalah rezeki untuk aku melihatnya.

Selebihnya, masa sudah tentu dihabiskan dengan berposing di pagar putih dengan berlatar belakangkan lembu meragut rumput serta Kinabalu yang tersergam megah.

Berkunjunglah ke Desa Cattle sekiranya sudah menjejakkan kaki di Kundasang. Bukan selalu boleh tengok lembu comel-comel meragut rumput. =p

entri berkaitan: J Residence Kundasang

No comments:

Post a Comment