Siapa ada Astro PVR?
Sejak duduk rumah mak ayah yang ada astro PVR, aku jarang menonton rancangan TV kegemaran secara 'live', iaitu pada masa ia ditayangkan. Aku lebih banyak menonton dalam bentuk rakaman. Mula-mula dulu, rasa nak rakam semua rancangan TV, terutama filem-filem yang dirasakan best. Drama bersiri pun macam nak rakam kesemua yang best-best belaka.
Setelah beberapa lama dan sudah hilang tu perasaan 'kebaru-baruan', barulah terfikir untuk menggunakan PVR secara bijak. Aku mula memilih rancangan yang perlu sahaja. Masa inilah boleh merakam kuliah-kuliah agama di TV yang sebenarnya ada berlambak-lambak. Tinggal nak dengan tak nak sahaja. ada sesetengah rancangan yang tidak tetap jadual siarannya, tetapi dengan kemudahan PVR yang boleh di'set'kan untuk merakam rancangan bersiri, maka tidak perlulah risau. Aku memang suka dengan sorang chef tu, Anna Olson..Tapi tak ingat bila masa rancangannya ke udara. jadi aku cuma perlu set rakaman rancangan bersirinya.
Sebenarnya jika digunakan dengan bijak, Astro PVR boleh menolong kita menguruskan masa menonton TV dengan bijak. Contohnya, aku memilih rancangan berikut sebagai pilihan dalam seminggu (anggaran):
1) 30 minit Ustaz Don = 30 minit x 3
2) Cinta Ilmu - Fiqh Wanita = 45minit
3) Drama Melayu = 20 minit x 3
4) Telenovela 1= 1 jam x 5
5) Bake with anna Olson = 30 minit x 5
6) Drama hollywood = 1 jam
7) Telenovela 2= 1 jam x 5
membawa jumlah lebih kurang 15 jam setengah seminggu atau purata, 2 jam ++ sehari. oraitlah tu kot... bukan tengok semua pun sebenarnya.. Lepas tengok sekali lagi senarai ni, barulah sedar banyak sangatlah tengok drama... Jadi aku gantikan Drama Hollywood dengan Rancangan Ustaz Kazim Elias. Dah tua-tua ni, kenalah banyak tengok rancangan ilmu. Kalau nak ikutkan, nak kena buang telenovela, tapi kat rumah ni rancangan tulah yang jadi pilihan ramai..alahai...kalau aku tak tengok, mak tengok jugak.. hahaha.Lepas tu kombinasikan masa menonton TV dengan melipat kain baju untuk memaksimakan penggunaan masa..hihihi.
Satu kelebihan menonton rancangan yang dirakam ni, boleh 'fast forward' bahagian iklan komersial. Jadi, ada sedikit penjimatan masa semasa menonton. Kalau semasa menonton drama Melayu seperti Adam & Hawa atau Sehangat Asmara yang kalau korang perasan ada banyak part membaca SMS dalam handphone, bolehlah tekan 'pause' sekejap. Ingat senang ke nak baca sms telefon atas skrin TV!
Dan kepada Veenea pulak, bolehlah dia menonton cerita kartun kegemaran lebih daripada sekali. Rasa nak muntah sebab rasanya dah dekat 50kali melayan Veenea menonton cerita The Tigger Movie. hari-hari nak tengok. Kalau CD, confirm dah lama calar dibuatnya.
Apapun, kenalah bijak menggunakan teknologi. Dengan menilai semula rancangan TV yang kita tonton, kita boleh menilai berapa banyak masa yang kita gunakan dengan bijak.
No comments:
Post a Comment