Pages

ads

Tuesday, October 01, 2013

Tamat Fasa 1

Aku mula membuat akaun blog ini pada tahun 2005, diperkenalkan oleh rakan sekuliah di kampus, Cha. Pada masa itu aku hanya membuat 1 entri, yang mana akhirnya dilupakan. Aku juga pada masa itu lebih suka berblog menggunakan akaun Multiply, yang telah pun ditamatkan perkhidmatannya dek penangan persaingan Facebook.

Pada tahun 2007, aku kembali berblog di blog ini dengan tujuan memenuhi kriteria sebagai penulis muda pada masa itu, kerana profail yang tertera pada laman web KarnaDya pada masa itu dihubungkan ke link blog ini.

sepanjang berblog, aku memohon maaf kiranya terkasar bahasa mahupun membuat sesiapa terasa. Setelah 8 tahun menggunakan link ini, aku mengambil keputusan untuk menamatkannya atas sebab-sebab tertentu. Blog ini akan kekal di sini, sehinggalah suatu saat difikirkan keperluan untuk dipadam, kerana aku mendapati terdapat beberapa entri yang masih selalu dicapai pembaca.

Aku juga masih ingat terdapat 2 perkara yang aku pernah utarakan pada blog ini untuk dihuraikan iaitu tentang gravity hill dan baru-baru ini tentang hobi numismatik aku, namun masih belum ditulis akan entri yang menghuraikan tajuk berkenaan. Insya Allah, aku akan menulis tentangnya pada blog yang baru, akan datang. Link nya bakal aku beritahu kelak. 

Buat masa sekarang, aku lebih selesa berehat daripada menulis, mungkin untuk sebulan dua, atau setahun dua.

Terima kasih, terutama yang menjadi pengikut setia sejak aku mula menulis tahun 2007 dahulu.
Aku bukan menggantikan blog kepada Facebook, tetapi merehatkan seketika. 
Insya Allah, akan kembali.
Nanti. 

maka dengan masuknya Oktober 2013, dengan berat hati aku menamatkan blog ini.
Aku menganggap, pada masa yang sama, aku sedang menutup lembaran fasa pertama dalam kehidupan, dan sedang melangkah ke fasa yang baru.
Berjumpa lagi di Bahagian 2, blog yang akan datang.

Terima kasih kerana membaca blog ini.

No comments:

Post a Comment