Pages

ads

Thursday, May 10, 2012

Penangan Kuch Kuch Hota Hai


Kuch Kuch Hota Hai.

Siapa tidak pernah dengar nama filem ini?
Filem ini memang satu fenomena. Ditayangkan pada tahun 1998. Lakonan Shah Rukh Khan, Kajol, Salman Khan dan Rani Mukherjee. Filem yang mula menaikkan nama Rani dalam industri filem Bollywood.

masa tu aku tingkatan 4. Mak aku pinjam pita video (belum ada CD player lagi) dari kawan dia. Aku dan abang aku si Awi boleh terduduk depan TV dengan penuh khusyuklah. Aku tidak ingat berapa kali aku mengulang tayang pita video tu. lepas tu, waktu tunggu SPM entah siapa beli CD...ulangtayang lagi sampai calarlah CD tu, haha. masuk matrik, aku pulak yang beli CD, original lagi. sekali lagi kisah mengulang tayang berlaku. Itu pasal result exam hampeh. Rajin ulang tayang cerita hindustan...kalau rajin ulangkaji pelajaran tidak mengapalah juga.

kalau ditanya, ada sampai 30 kali aku menonton cerita ini..mungkin. Hah, kiralah sendiri berapa banyak aku membuang masa.. 3 jam darab 30 kali. rasa-rasa lebih lagi. Malam tadi di TV 2 aku sekali lagi menonton filem ni sambil menikmati Nescafe kaw-kaw. Abang aku selalu cakap, cerita ni sangat menyentuh jiwa. Pergh... ingat senang mau dengar orang lelaki cakap begitu? Dia cakap, orang pekak pun boleh memahami cerita ini..dimaksudkannya adalah penghayatan pelakon-pelakon dan keberjayaan penyampaian dialog melalui bahasa tubuh. Tak dengar dialog pun boleh faham. (sila betulkan aku wahai encik awi kalau tidak betul..hihi). Adunan jalan cerita dan susunan muziknya sangat mengesankan. Pendek kata, filem ini kaya dengan jiwa dan perasaan.

Jalan ceritanya ringkas. kawan jatuh hati dengan kawan. Tapi, mungkin penyampaiannya yang luarbiasa walaupun macam tidak logik budak 8 tahun boleh menjayakan misi mustahil mak dia melalui surat-surat wasiat harijadi...hahaha. Kalau fikir balik, memang tidak logik pun. Tapi itulah, kalau dah suka, buatlah cerita tidak logik macam manapun...orang boleh terima.

Pasal sinopsis, silalah google. Pasti ada berlambak. jadi, aku tidak mahu membuat sinopsis di sini. Yang pasti, filem ini memang berjaya mengambil sedikit ruang pada sebilangan hati orang-orang seluruh dunia. Kalau tengok dalam Facebook, lebih dari satu page dibuat untuk filem ini. Selepas 14 tahun, ia masih disukai ramai.

Kenangan aku tentang KKHH ni.. cikgu kimia aku pernah panggil aku dari asrama di suatu hujung minggu..aku pun menononglah jumpa dia di sekolah. Cikgu Kimia aku yang memang hobinya suka melepak di sekolah, pada masa itu tengah minum kopi sambil dengar kaset soundtrack KKHH. Dia panggil aku hanya untuk bertanya aku satu soalan, "Vidara, lagu yang ini part mana dalam filem tu?"hadussh.. hampeh tul. Buang karan sungguh. At least, aku boleh jawab soalan tu dengan betul..haha, nampak sangat aku dah hafal jalan cerita siap dengan lagu-lagunya.

Lepas tu, ada satu scene dalam filem ni yang selalu aku dan kawan baik aku jadikan bahan gurauan atau contoh dalam 'kegilaan + kebodohan percintaan'. Part si Rahul peluk Anjali tapi dalam masa yang sama pegang tangan Tina (waktu Anjali pakai baju pink). Dalam realiti, kalau ada lelaki macam ni memang betul-betul hampeh.

Part aku suka dalam filem ni, part si Anjali nangis dalam hujan lepas terperasan akan luahan hati Rahul. kedua, part babak pertama kemunculan Anjali sebagai seorang gadis yang betul-betul 'gadis', (hari pertunangan dengan Aman). Ketiga, part pertama kali Anjali dan Rahul bertemu semula di summer camp anak si Rahul..bila si Anjali (Kajol) dan Rahul terpegun seketika antara satu sama lain. Hmm..semua pun part lakonan Kajol, haha. Oh,ya..tidak lupa part si 'budak bisu' tu bercakap.. hadussh..mati-mati aku ingatkan budak tu bisu.

Cerita Malaysia ala-ala filem ni... aku rasa filem lakonan Yusry dan Erra suatu ketika dahulu, Kuliah Cinta. Lepas tu drama Dia Atilia, lakonan Fasha Sanda, Zamarul Hisham dengan Almy Nadia. kalau filem Indonesia, Heart, lakonan Irwansyah, Acha Septriasa dan Nirina Zubir. Namun, persamaan tema dan jalan cerita ini aku boleh terima memandangkan tema ini sangat umum. Hatta dalam realiti pun banyak berlaku..Macam aku cakap tadi, cerita ini cerita biasa. cerita yang selalu sangat berlaku.

Terbaru, akan diterbitkan satu filem animasi, Koochie Koochie Hota Hai, adaptasi dari filem ini.

Menariknya, filem ini dibintangi oleh pelakon utama yang sama, Shahrukh Khan, kajol dan Rani. hah, kalau mau tengok cerita KKHH versi kartun anjing, tengoklah filem ini..bakal ditayangkan tahun ini.
 Cukuplah sampai di sini aku bercerita bagaimana filem KKHH ini dalam kehidupan aku.



2 comments:

  1. Anonymous5:27 PM

    Saya ada Cd cerita ne...dulu2 pkai cd ja..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ada..tapi ndatau mana sudah. semalam pi download dari youtube. menjiwang la ni meninguk kali ke entah berapa puluh. haha

      Delete