Apa ya perasaannya? Aku sengaja mahu berkongsi tajuk ini hari ini sebab secara peribadi aku pernah melaluinya 2 kali, semasa UPSR dan PMR. Bezanya, aku tak masuk paper..hehehe.
Hmm...Mula-mula perasaannya seronoklah, sebab dah belajar rajin-rajin...walaupun sebenarnya aku bukan spesies yang terlalu rajin. Tapi jika dibandingkan semua peperiksaan besar, UPSR inilah yang aku ada jumlah jam belajar yang paling banyak..maklumlah, masih 'innocent'.. hehehe.
Semasa di darjah 6 tu, aku lebih takut untuk tidak dapat straight A sebab tidak mahu jadi 'ganjil' menjadi satu-satunya pelajar yang tidak dapat semua A di kalangan kawan-kawan yang dianggap cemerlang. Terukkah aku cakap macam ni? bertahun-tahun aku tak pernah cakap dengan sesiapa, tapi ya...kenyataannya begitu. Bila dapat keputusan tu, rasa lega teramat sangat. LEGA. Kalau tak dapat semua A masa tu, memang kecewa kut...sebab memang betul-betul nak A...tak nak ketinggalan keretapi.hihi.
PMR..yang ini aku terkejut amat. dapat sahaja slip, aku memang terkejut beruk sebab memang tidak pernah mimpi dapat straight A. Nasib baik orang di sebelah aku masa tu perempuan, sebab aku terus peluk.Itulah perasaannya...berbeza semasa UPSR. masa tu macam dapat kereta Ferrari semasa anda berangan-angan dapat Proton Saga. macam ada bulan jatuh bedebuk ke atas riba.
Tapi sebenarnya, yang lebih besar cabarannya adalah selepas semua itu. apabila semua 'spotlight' dihalakan kepada anda. Apa-apa pun yang anda buat, semuanya diperhatikan. memang berat dugaan menjadi terbaik, apabila semua memerhatikan. Syukurlah, perhatian itu terhenti setakat itu sahaja. Mungkin sebab SPM keputusan biasa-biasa. Alhamdulillah, sampai juga ke universiti.
Aku cuma memikirkan nasib sesetengah pelajar cemerlang yang terlalu menjadi perhatian sehingga setiap langkah mereka diperhatikan. Sedikit sebanyak aku dapat merasakan 'beban' yang mereka pikul. Apatah lagi yang terkenal sampai satu negara. Mudah-mudahan mereka mampu mengharungi setiap cabaran itu.. Dan sentiasa menjadi terbaik.
Sebab tu kadang-kadang, menjadi biasa-biasa ni lebih baik. jadi, kalau dapat result yang tidak menggempakkan satu Malaysia pun tidak mengapa. sekurang-kurangnya kita berjalan makan aiskrim di mana-mana dengan perasaan yang lebih selesa tanpa siapa-siapa menoleh memandang 2 kali ke arah anda.
saya pernah mgalaminya. trus sy ka c failed smua..hahaha
ReplyDeletehahaha..time SPM sy dapat soalan bonus, "kenapa tidak dpt 9A1?" hampeh tul..
ReplyDeletesusah kan kalu ppl keep on expecting sumthin 'wow' from us..n im sick with it..
ReplyDelete