Kisah-Kisah Bas RapidKL
1) Dapat saja tempat duduk, mata pun terpacaklah pada skrin TV yang ada dalam bas (2 biji TV). Banyaklah iklan-iklan komersil yang tidak biasa dilihat dalam TV kat rumah. ada juga terselit rancangan-rancangan animasi yang menggeletek hati.. hehehe.. Amboi seronoknya gelak... Erm, apahal sunyi semacam? Barulah tersedar diri tengok sekitar. Aduhai..Malunya...Rupanya gelak kuat sangat tatkala semua penumpang lain diam serius. Semua pun pandang. Muka jadi merah. (nasib baiklah kiut..hehehe)
2) (Masih lagi bab TV).
Seronok tengok si Benard beruang dalam TV.. seronok punya layan, sekali pandang luar tingkap.. Alamak! Bus stop aku dah terlepas! Cepat-cepat tekan loceng.. kan dah kena marah pakcik driver..
3) (berkenaan loceng bas). mata melilau-lilau kat depan, mahu pastikan destinasi sudah dekat. Semasa jari menekan punat merah... ek? Apahal tiada bunyi keluar ni? tekan, tekan.. Aduhai..
"Pakcik! Berenti!" Hmm.. Tak pasal-pasal kena menjerit, sebab duduk kerusi paling belakang.. huhuhuhu..
4) Alamak.. dah lambat ni.. Jadi terkocoh-kocoh la naik bas.. Konfiden je menapak naik.. dah 5 minit, barulah tersedar, bas ni tak lalu jalan biasa..kenapa ek? Leher pun memanjanglah tengok nombor bas yang diselit pada bahagian depan bas.. eh.. silap bas ke? Dengan muka seposen, terpaksalah tekan loceng untuk turun. terkebil-kebillah kat bus stop. Nasib baik tiket bas boleh gunapakai sehari suntuk.. semasa bas yang betul sampai, tunjuk je tiket yang dah dibeli tadi.. =)
5) Tidak semena-mena ter'sesat' kat KL.. takkan nak nak lapor diri kat bapak polisi pulak? huhuhu. Dari kejauhan nampak bas RapidKL.. wah! cepat-cepatlah tahan. Tak risau dah...sebab biasanya mana-mana bas rapidKL akan lalu mana-mana stesen LRT.. dah jumpa stesen tu, kira selamatlah.. hehehe.
6) Yang tak best, bila driver bas tak ikut jadual. =(
Walaupun selesa duduk dalam kereta sendiri, tapi banyak juga kisah dalam bas ni... =)
*Tiada kaitan dengan promosi Bas RapidKL...
No comments:
Post a Comment