Menurut ayah, nama 'Vidara' dia dapat dari watak sebuah novel, Bidara. Lepas tu, mak pula sambung perkataan 'Nieta', maka jadilah Vidaranieta. Rasanya nama ni, ada sentimental value yang sangat dalam buat mereka...Justeru, aku masih setia untuk terus menggunakan nama ini, walaupun aku satu lagi nama yang tidak kurang indahnya..Nur Solehah. Lagipun, rata-rata kenalan, kawan, sahabat dan sesiapa.. lebih mudah mengingati nama pemberian ayah dan mak.
Semasa di sekolah dulu, cikgu-cikgu ingat aku sebab nama ini lah... Lain dari yang lain kononnya... Barangkalilah.. walaupun pada aku, nama 'Vidara' (hampir kepada Bidara...-->yang ni biasa didengar), itu lazim..Nama 'Nieta' itu juga lazim. Ia cuma jadi kedengaran kurang lazim apabila digabungkan. Orang selalu tanya apa makna nama tu.. yang aku tahu, dalam bahasa Latin... Vida tu 'beloved', yang disayangi...Nur Solehah, yang ini memang biasa didengar. Makna pun..best juga kan? hehehe.. Minta-mintalah aku boleh jadi Muslimah yang baik seperti makna nama ini.
Dua-dua pun nama aku, tiada diskriminasi =). Aku akan menyahut, mana-mana nama pun disebut. Hari ini, genaplah 26 tahun aku menggunakan nama Vidaranieta. dan.. selang 3 hari lagi, genaplah 24 tahun aku menggunakan nama Nur Solehah. Walaupun sudah lama, hanya baru-baru ini sahaja sebenarnya aku benar-benar 'bersedia' menggunakan nama ini sepenuhnya.. kisahnya? panjang... pencarian itu bukan mudah, kerana aku benar-benar 'mencari'. Apa-apalah.. Tidak usahlah disebut kisah yang dalam dan peribadi di laman yang umum ini. Cuma, aku sangat besyukur kerana diberi pedoman agar memilih untuk terus berdiri sebagai 'Nur Solehah'.
Aku sengaja memilih untuk 'off' hari ini, dan esok hari juga. Hanya mahu meluangkan masa untuk diri sendiri. Syukur...masih diberi waktu untuk terus beramal.
No comments:
Post a Comment