Pages

ads

Thursday, July 14, 2011

Cara-cara Menyimpan Ayam

Pernah tak beli seekor ayam? Biasanya aku suka beli seekor ayam, lepas tu dipotong-potong. sampai rumah, tak payahlah risau nak potong. Cuma, kalau dah seekor tu, takkan nak sumbat sekali seplastik dalam peti sejuk kan..hah, ni cara menyimpan ayam yang aku praktikkan di rumah.. aku tahu, ramai yang dah tahu.saja je, nak menulis bahan entri..hehehe..

1) mula-mula, asingkan potongan-potongan ayam tu dalam plastik-plastik kecil. Macam gambar di bawah. agak-agaklah sendiri, setiap kali masak tu rasa-rasa nak guna berapa banyak.


2) lepas tu bolehlah susun dalam bekas, susun kemas-kemas. Macam dalam gambar di bawah ni, ada dalam 4 bahagian plastik untuk 4 kali masak. Bila nak masak, keluarkan satu plastik sahaja. senang kan..




3) Lepas tu, bolehlah tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. Tiap kali nak masak, boleh keluarkan bahagian yang perlu sahaja.. tak payahlah nak defrost satu bekas penuh kan... jimat masa. kalau jenis macam aku yang kadang-kadang defrost guna microwave, memang jimat masa.







Mungkin, ini praktikal untuk yang keluarga kecik macam aku... ayam seekor, boleh makan 3-4 kali. tapi kalau famili besar, seekor ayam pun sekali ngapp...tak payahlah kot.. hehehe.


dengan cara macam ni, bukan sahaja menyenangkan semasa nak masak ayam, malah ayam pun kesegarannya tahan. aku pernah tengok orang yang tuang ayam dalam bekas, dan terus sumbat dalam peti. Isi ayam, kalau terdedah macam tu je dengan kebekuan, memang jadi tak sedap. selain tu, kita tengok peti pun, tak serabut..kemas sahaja..


OK la.. selamat menyimpan ayam..


credit to, Aesya Kojuna..dia yang ajar aku cara ni..masih ingat, time tu aku muda-muda lagi. dia yang kahwin lebih awal dari aku, tunjuklah cara ni... seriously, aku tak terfikir masa tu. Mungkin sebab aku belum berumahtangga, dan famili aku jenis besar sikit...dan seekor ayam boleh sekali ngapp lah.. thanks aesya, jasamu dikenang. =p




1 comment: