Pages

ads

Tuesday, November 29, 2011

Drama Online

Lama juga aku senyap. Mula-mula tu sebab sibuk dengan tempahan macaron. 200 biji..selang dua hari, 300 biji. Lepas tu sibuk tengok drama online Dae Jang Geum, hahaha.


Drama ni dah lama sebenarnya, tak silap dalam tahun 2003. Memang pernah tengok di TV sebelum ni, tapi masa tu tak ikut sangat cerita ni. baru-baru ni cerita Dae Jang Geum @ Jewel in the palace ni ditayangkan kembali di TV AlHijrah, pukul 3.30petang. Jadi, selaku surirumah yang ada sedikit masa terluang bergoyang kaki, aku pun mulalah mencari episod awal-awal di internet. Itu yang jadi 'melekat' sekejap dengan cerita ni. Tentang perjalanan hidup seorang gadis yatim-piatu bernama Janggeum dari seorang gadis istana menjadi hamba dan akhirnya menjadi doktor pertama di Korea yang berjaya membuat pembedahan caeserean. Ada sumber yang mengatakan ia berdasarkan kisah benar. Apapun yang penting drama ini memang menarik dan banyak unsur positif yang dapat dipelajari. Tak hairanlah TV Alhijrah memilih untuk menayangkan drama ini, memandangkan pemilihan slot-slot yang mengisi rangkaian ini agak ketat. Meskipun bukan drama berciri Islamik, drama ini sarat dengan pengajaran dan iktibar untuk direnungi.

Sekarang ni kena kembali ke alam realiti selepas beberapa ketika 'hidup' di zaman raja-raja Korea, hahaha. Hari ini nak ambil angin sikit kat luar selepas banyak hari terperap di dalam rumah. Ada perasaan nak beli tepung roti, nak minta ajak suami buat roti Mexican Bun, tengoklah kalau dia sudi nak ajar memandangkan seminggu ni dia dah sibuk siang malam. Macam tak best pulak masa cuti sehari dia ni minta dia ajar buat roti lagi. Dari waktu kerja ke waktu cuti, asyik jumpa tepung pula dia nanti..hehe.

Okay, hari perlu dimulakan...nak membasuh kain yang banyak.

No comments:

Post a Comment