Pages

ads

Tuesday, December 20, 2011

Mengenang Kau Laksana Bulan

Kau Laksana Bulan.
Antara banyak novel Aina Emir, aku paling suka yang ini. Pertama, tajuknya. Sekali pandang, hati terus rasa tergamit. Kemudian jalan ceritanya yang kebetulan pada waktu membelinya, begitu menarik hati. Bukan watak si Firas atau Adrianna, tapi lokasi cerita dalam novel ini. Pada waktu itu, aku baru sahaja memulakan hidup di Tanah Melayu, dan lokasi di dalam novel ini 80% sama dengan lokasi-lokasi yang baru kujejaki pada masa itu.

Sekarang ini, novel ini sudah diangkat ke kaca TV. Dilakonkan oleh Ayu Raudhah, Zul Huzaimy, Fizo Omar & Ashraf Muslim. Aku jarang mengikuti cerita dalam TV ni, sebab agak sibuk dengan perkara lain. Vee jr pulak nak tengok channel 613. Lepas tu drama ni di rangkaian TV bukan milik Astro. kalau kat Prima, Citra ke...adalah peluang menonton cerita yang ditayangkan berulang-ulang macam cerita Kiah Mai Pulak, drama bersiri komedi kegemaran suami aku.

Sebenarnya aku sengaja memanjangkan ayat-ayat di atas. Cerita yang sebenar aku nak cakap, tiap kali aku pandang novel Kau Laksana Bulan ni, aku mesti tersenyum sendiri terkenang kisah lama, iaitu ketika membeli novel ni. Bukannya tak pernah beli novel, dah berpuluh-puluh. Karya Aina Emir memang jadi kegemaran. Tapi novel ini satu dalam seribu. Novel ni aku beli pada hari pertama kali aku setuju untuk terima pelawaan suami aku untuk keluar bersama (baru-baru rasa nak buka hati dengan dia). Stop, aku tak nak cerita lebih-lebih. haha, segan. Tapi kalau korang tanya suami aku, confirm dia tak ingat. hampeh.

Apapun, novel ni memang best. Bacalah, tak rugi punya!

No comments:

Post a Comment