Dalam hidup aku ada beberapa buah lagu yang sangat mengesankan. Ada di antaranya yang menjadi 'turning point' dalam hidup aku.
Semasa mendengar lagu ini, hati aku jadi sangat meruntun. Mungkin kena pada melodinya, juga liriknya dan ditambah pada penghayatan si penyanyinya.
Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama
Bait-bait rangkap pertama lagu ini sahaja begitu mendalam maknanya. Saat hati yang dulu penuh cinta, menjadi kosong akhirnya. memang ada ketikanya, perpisahan itu jadi jalan terbaik, meskipun saat itu tiada rasa benci.
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Pada saat barisan lirik ini, aku dapat membayangkan keralatan hati si 'lelaki' dalam lagu ini. Bagaimana kecamuknya perasaan dalam menerima kehilangan cinta gadisnya yang tidak pernah mahu diminta. Saat dia mula menerima detik-detik pertama dalam menjalani hidup dengan hakikat bahawa sudah tiada cinta dari gadis yang disangkanya pada hari kelmarin, masih mencintainya.
Lagu ini pada aku, sangat memukau, dan meruntunkan hati. Ia masih menjadi salah satu lagu kegemaran, (videoklip ini) walaupun sudah bertahun-tahun berlalu. Dari Aizat AF ke Aizat Amdan, lagu ini masih tetap menyentuh hati.
No comments:
Post a Comment