Kelmarin, semasa mengemas, aku terjumpa cd game lama, Emperor:Rise of the middle Kingdom. Perasaan? Gembira, bercampur-baur pun ada. Wah, lama sungguh tidak bermain pc game ini. Kali terakhir semasa di tahun akhir pengajian dulu, 2006. Ini adalah antara game kegemaran aku, yang memerlukan strategi dan perancangan teliti.
Sudah tentu aku tidak berfikir 2 kali untuk install game ini di dalam laptop aku. Malah, seperti dulu-dulu, aku akan menyediakan kertas dan pen untuk menulis nota bagi memenangi setiap cabaran 'pengurusan negara' di dalam permainan ini. Mungkin ada yang menganggap aku keterlaluan atau agak kebudak-budakan. Aku tidak kisah, kerana menurut kajian, walaupun seorang perempuan..jika dia mula bermain permainan komputer dengan konsisten sejak berumur sekurang-kurangnya 15 tahun, dia memang ada potensi untuk meneruskan minat walaupun sehingga berumur 35 tahun ke atas. Hahaha.
Untuk sesiapa yang berminat atau memainkan game yang sama, boleh ke laman web ini http://www.gamefaqs.com/pc/553878-emperor-rise-of-the-middle-kingdom/faqs. download bahagian FAQ yang teratas tu. Memang banyak membantu. Setiap PC game memang ada cheat code tertentu, tetapi aku sendiri kurang gemar menggunakannya, kecuali benar-benar terdesak (bila berada di satu tahap tidak boleh patah balik). Tapi seboleh-bolehnya bermain dengan jujur, iaitu dengan pengaturan strategi, kadangkala terpaksa 'kalah' untuk sekali dua, dan kena ulang balik.
Aku masih ingat, dahulu aku siap print satu buku panduan lengkap untuk memenangi game ini. Kebetulan masa tu aku belum mahir sangat dengan Bahasa Inggeris, maka aku rajin merujuk kamus bagi memahami panduan yang 100% dalam Bahasa Inggeris...kan bagus kalau kesungguhan ini diaplikasi untuk subjek--subjek yang diambil dalam kuliah...(hehehe). Selepas menempuh alam pekerjaan, dan kesungguhan yang timbul selepas pernah 'direndahkan' dalam temuduga kerana tidak fasih berbahasa Inggeris, alhamdulillah penguasaan aku terhadap bahasa ini sedikit sebanyak bertambah baik. Kalau setakat berbual biasa tu, bolehlah...Jadi, untuk kali ini, aku boleh membaca panduan dan tips bermain game Emperor ini tanpa merujuk kamus.
Aku ada terfikir untuk menulis sendiri tips-tips bermain game ini dalam Bahasa Melayu, kerana memang jarang aku menemui blog atau petua bermain pc game dalam bahasa selain Bahasa Inggeris. Biasanya tips ini ditulis oleh mereka yang benar-benar meminati dan sudah mengkaji keseluruhan permainan. Mereka dengan bangga mempersembahkan hasil tangan mereka tanpa rasa kedekut ilmu, meskipun ilmu ini mungkin dianggap 'tidak berguna' bagi sesetengah orang. Tengoklah, lagipun game ini sudah lama, dan aku sendiri kurang mengikuti perkembangan trend pc games terkini. Kalau adapun game online, seperti yang banyak dihidangkan dalam facebook.
Dari pandangan peribadi, game ini seronok sebab ia membuatkan kita berfikir dengan aktif bagaimana mentadbir sesebuah negara dengan baik serta mengatur strategi untuk menang dalam peperangan. asalkan kita tahu untuk menggunakan masa yang sesuai serta tidak berlebih-lebihan, apa salahnya kan... =p
No comments:
Post a Comment