Blog semalam aku bercerita tentang cita-cita. Hari ini nak sambung cerita. pasal doktor. Pada waktu itu, aku terpaksa mengatakan doktor merupakan cita-cita aku supaya aku diterima masuk kelas aliran sains tulin..Maklumlah, masa tu semua kawan-kawan berebut nak masuk kelas aliran sains tulin yang dianggap kelas terbaik.
Nak masuk aliran tu kena ambil ujian bertulis, keputusan PMR sekurang-kurangnya B untuk subjek Matematik dan Sains, dan harus menjalani temuduga yang dikendalikan oleh guru-guru sains. Maka, kerana aku pun blurr (sentiasa blurr sampai sekarang pun...), aku tak nak ketinggalan memasuki aliran 'popular' ni, aku pun ikut-ikutlah trend kawan-kawan aku. Untuk itu, cita-cita 'doktor' aku kira sebagai paling sesuai untuk aku lulus temuduga masuk kelas sains tulin. Takkan pula aku beritahu yang aku nak jadi polis ataupun pengarah filem..walaupun secara jujur aku berpegang kepada cita-cita itu!
Hmm..harap-harap cikgu kimia aku tak baca blog ini..hehehe. Mungkin sebab tu semasa SPM, aku mendapat keputusan biasa-biasa sahaja... Aku kena mengaku, sepatutnya aku tidak terlalu terikut-ikut kawan-kawan pada masa itu. atas sebab itulah aku harus melalui perjalanan 'panjang' di mana aku harus memilih aliran 'biologi' semasa di matrikulasi kerana pada masa itu sebenarnya aku bagai sudah tiada pilihan..hanya ada 2, fizik atau biologi.Lepas tu...memang hancuss result aku. masuk IPT, aku memilih Sains Komputer semata-mata untuk 'lari' dari Biologi dan berbekalkan kekaguman aku pada teknologi komputer, aku terpaksa bermula dari '0' dalam usaha mengejar ijazah.
Okeylah, sebelum tu, semasa di tingkatan 4 aku ada satu lagi cita-cita selepas beberapa bulan mengenali Biologi...iaitu Doktor Haiwan. Puncanya, mungkin aku banyak terdedah dengan haiwan-haiwan peliharaan..haiwan kesayangan aku pada masa itu pula, ayam..(haiwan yang jarang-jarang jadi 'pet' budak perempuan macam aku). Aku siap pakat dengan salah seorang rakan sekelas aku yang kami akan sama-sama buka klinik haiwan kelak...haiwan peliharaan macam anjing, dia janji akan handle (dia non-muslim), yang lain macam lembu, kuda..aku yang handle..hampeh tul!hahaha. sekarang dia dah jadi cikgu.hihihi.
Masuk Tingkatan 5, aku mula terlibat dengan pementasan drama sekolah. Masa tu memang setiap tahun pun aku menyertai sayembara penulisan. Tahun tu aku dan beberapa rakan sekelas menyertai pementasan drama..Aku yang memang tak reti berlakon, cuma melakukan kerja belakang tabir. Maklumlah, cita-cita pengarah filem tu masih merupakan salah satu cita-cita serius...Bila difikir-fikir, sebenarnya aku memang sangat berminat pada bidang yang sebegini. Cuma pada masa itu tidak tahu halatuju. Apapun, sekurang-kurangnya aku sedar bahawa aku berminat dalam penulisan. sebab tu sampai sekarang aku 'maintain' hobi menulis ini.
Lepas matrik, aku sempat menjadi guru pengganti sementara untuk seorang cikgu yang cuti bersalin. sempatlah merasa title 'cikgu' selama 2 bulan. namun, apa yang aku pelajari...aku mendapati diri aku kurang sesuai pada profesion perguruan.. walaupun ramai kawan-kawan dan keluarga aku yang bergelar 'cikgu', ia bukan bermakna aku juga sesuai pada pekerjaan ini. Cukup aku menjadikan kisah 'terikut-ikut' kawan memilih aliran semasa di tingkatan 4 dulu sebagai pengajaran. Aku mula belajar untuk membuat keputusan sendiri sejak itu. sebab itulah semasa zaman kampus, aku sentiasa memilih subjek pilihan mengikut pilihan aku sendiri dan tidak mengikut kawan-kawan. Walaupun itu membuatkan aku masuk ke kelas seorang diri tanpa kawan-kawan rapat, aku puas hati. walaupun aku terpaksa bertutur dalam bahasa yang sangat asing (bahasa Jepun), namun aku puas hati.
Dalam usia dewasa ini, aku masuk pula dalam bidang 'retail', dan ramai juga yang berpandangan negatif dengan pilihan aku ini. Mungkin sebab jam bekerja aku lebih panjang (cuti hanya sekali seminggu) dan sentiasa bekerja pada hujung minggu dan public holiday. Namun, banyak yang aku pelajari terutamanya selok-belok perniagaan. Malah bidang ini mengajar aku untuk menjadi lebih kuat. Separuh daripada ketabahan aku duduk di tanah semenanjung ini tanpa keluarga adalah datang daripada pengalaman yang sangat 'tough' dalam bidang ini. sebab tu aku sering mengatakan, syarikat GCH Retail adalah satu 'universiti' pada aku.
Walaupun 2012 ni bermakna usia aku menginjak 30 tahun, 'cita-cita' itu masih dalam senarai kehidupan aku. walaupun ada salah seorang anak murid aku dahulu berkata, " cikgu kan dah jadi cikgu..nak cita-cita apa lagi?" ..(maklumlah, mereka tidak tahu aku cuma cikgu ganti sementara sahaja...hihihi)
Bagi kehidupan pelajar, 'pekerjaan' itu diletakkan sebagai cita-cita. namun setelah mengharungi alam pekerjaan, rupa-rupanya cita-cita itu soal target sepanjang hidup ini.. cita-cita itu bukanlah pekerjaan semata-mata, ia cuma sebahagian kecil.
bagi aku,'pekerjaan' yang sebenar adalah pekerjaan yang kita lakukan tanpa kita rasa pergi 'bekerja', yakni sesuatu yang kita lakukan dengan penuh rasa minat. Aku sudah banyak mendengar keluh-kesah daripada kawan-kawan yang tertekan dengan pekerjaan..peliknya kebanyakannya daripada kawan-kawan yang jadi guru selepas mengambil KPLI. Patutlah salah seorang pensyarah aku dulu pernah mengingatkan, "jangan jadikan profesion perguruan sebagai pilihan terakhir..ambil KPLI jika ia pilihan pertama kamu."
Memang jadi trend pada masa itu, jika sukar mendapat pekerjaan, KPLI adalah pilihan terakhir...kata orang, lebih baik daripada tiada pekerjaan langsung. Mula-mula aku pun terikut-ikut ambil KPLI, namun aku tersedar dan teringat kembali kisah 'ikut-ikut' pada zaman persekolahan. sebab tu aku hanya ambil exam sekali, dan tidak pernah mencuba lagi selepas itu. Aku tidak mahu tergolong dalam golongan 'ikut-ikut'. berkeluh-kesah seperti mereka yang memilih KPLI sebagai jalan singkat... jadi, pastikan jadi 'cikgu' jika anda benar-benar mahu jadi cikgu...jangan cemarkan profesion ini, Ok? =p
Panjang pula kisah cita-cita ni kan? Cita-cita sekarang?.. aku nak sebutlah ayat klise zaman sekolah dahulu, "menjadi usahawan yang berjaya.." hahahaha. sesungguhnya, setiap liku yang aku lalui tidak pernah aku kesali.. dari aliran sains tulin, biologi di matrik, sains komputer di IPT dan 'retail' di alam pekerjaan, semuanya aku hargai. Sebab pada aku, kesemua ini adalah ketetapan daripada Allah swt. Tiada apapun kesilapan, cuma pengajaran yang harus diambil dengan setiap ketidaksesuaian. Semua inilah yang menjadikan kita 'insan' dan semakin berharga dalam kehidupan...
No comments:
Post a Comment