Pages

ads

Thursday, March 29, 2012

Donat kentang ala Fabio

Lama sungguh aku meninggalkan blog ni..

hari ini aku mahu berkongsi resipi donat kentang. Puncanya, si mamat dalam video di bawah ni. Cuba korang tengok, manalah tahu dapat fiil mahu buat donat lepas tu. nak dijadikan cerita, aku sebenarnya memikirkan pasal gula untuk donat ni. snow powder kah? icing sugar kah? lepas tu rasa macam...astaghfirullah.. hubby aku kan pastry chef! rasa nak ketuk kepala kat dinding sekejap. buat penat saja aku memikir, cepat-cepatlah aku call hubby.


aduss..memang aku tergoda untuk mencuba nasib membuat donat lepas tengok video ni. maka, aku pun mencari resipi donat si Fabio Viviani yang begitu seksi ni.

Oh, sudah tentu aku mengubah resipi ini mengikut kesesuaian, terutama bahagian 'lard' tu. hihihi. Lepas tu aku buat mengikut bahan-bahan yang ada di dapur..Yes, aku menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.

Resipi asal ada di sini. Resipi yang aku ubah, ada di bawah ni. seperti biasa, aku guna "standard measuring cup".

DONAT KENTANG ALA FABIO 

3/4 mangkuk kentang (direbus dan dilenyek) agak-agak besar mangkuk macam dalam video tu
1 1/4 cup susu segar
2 biji telur gred A, dipukul
3/4 cup lepa susu (buttercup) -sebab aku kehabisan butter
3/4 cup gula
1/2 paket yis segera (2 tsp)
5 cup tepung roti

minyak untuk menggoreng
butter cair secukupnya
gula halus (caster sugar)

langkah-langkahnya aku buat lebih kurang macam dalam video tu.. cuma aku masih buat donat yang berlubang..dan aku bagi doh kembang terlebih dahulu barulah buat bentuk. secara ringkas:
1) gula+yis+telur+susu (pukul 2 minit)
2) masukkan lepa susu dan kentang (pukul 2 minit)
3) masukkan tepung sikit-sikit, aku buat 3 bahagian. (pukul 2 minit setiap kali masuk)
4) aku masukkan doh dalam besen, tutup dengan kain lembab dalam 20minit (naik 2kali ganda dari saiz asal)
5) gelek tebal lebih kurang 1/2 inci dengan penggelek(kalau tiada..gunalah botol kicap kah..) atas papan yang yang sudah ditabur tepung supaya tidak melekat. kalau ada penerap donat, senang. tapi aku tiada..cuma guna cawan dan penutup botol mineral. cawan untuk buat bentuk bulat besar, dan lubang di tengah guna penutup botol.
6) goreng. dah masak, sapu dengan mentega cair dan celupkan dalam gula.



tinggal 4 biji barulah teringat nak ambil gambar..hihihi.. resipi ni aku dapat 35biji donat yang comel-comel. aku bagi dengan geng jiran-jiran aku. sedap, lembut. seronok sebab pertama kali buat donat, jadi pulak tu. lepas tu rasa lain sikit, sebab guna kentang.

apapun, donat hubby aku jugak paling sedap. percaya tak, lelaki yang tahu 'baking'(dalam bahasa Melayu apa ya?..menguli tepung?), memang seksi. hihi. sebab apa? semua lelaki tahu memasak (cooking)...paling koman kalau diaorang dah lapar, mesti tahu masak maggi atau goreng nasi...mana-mana lelaki normal mesti tahu buat. Tapi berapa ramai lelaki yang tahu 'baking'?  =p

okey, selamat mencuba!

4 comments:

  1. hulur2 sket kt geng2 di putrajaya nih..

    ReplyDelete
  2. Kacak gik donut ktk dr donut fabio ya...gelap gilak

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kerana rupa, tapi kerana rasa..kmk sik kesah, janji sedap. ;p

      Delete