Aku jadi rindu dengan masakan mak di kampung, dan segala jenis menu makanan di tempat asal (Sabah). Maka, atas sebab itu aku pun memasak ala-ala masakan tumpah tanahairku. =p
kebetulan bunga kantan yang jiran aku bagi hari tu masih belum berusik. Nanti memburuk pulak di dalam peti, apatah lagi aku sedikit sibuk dengan macaron minggu ini. Tiada masa untuk memasak menu complicated. kalau setakat aku dengan Veenea di rumah, masak telur dadar pun OK, sebab dia bukan makan pun lauk-pauk. Dia jenis suka makan mi, mihun, nasi panas + telur, roti, kerepek bawang.
Ini resipi hasil ubahsuai daripada ikan masak ampap.
Ayam Ampap (lauk 1-2 orang)
4 ketul ayam
sedikit garam + serbuk kunyit
semangkuk kecil air asam jawa
1/2 bunga kantan dihiris
3 helai daun limau purut
bahan kisar:
(kisar dengan sedikit air)
1 serai
halia sebesar ibujari (lebih pun ok)
2 cili padi (tambah jika mahu..aku adjust sebab Veenea nak makan sekali)
1 bawang merah besar
1 ulas bawang putih
cara-caranya:
1)Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
2) Tumis bahan-bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
3) masukkan ayam. Tuang air asam jawa dan bunga kantan. Masak atas api kecil.
4) kacau dan tambah air selalu. Tutup kuali dengan penutup. Lagi lama dimasak, lagi sedap sebab bahan-bahan akan meresap ke dalam ayam.
Aku membiarkan masa sejam ayam di dalam kuali. sambil-sambil tu bolehlah pergi mandi, kemas rumah, dan apa-apalah yang patut. Cuma perlu lihat sekali-sekala untuk mengacau dan menambah air.
5) setelah lebih kurang sejam, bolehlah dimasukkan daun limau sebagai 'sentuhan terakhir' (chewah) untuk menambahkan lagi rasa. Tambah garam jika kurang masin. kalau nak banyak kuah, boleh banyakkan air. Tapi menu ni sedap dimakan dengan kuah yang pekat. Hasilnya:
Perfect dinner for homesick ME.
Sayur tu?... yang tu senang saja. itu sayur daun bawang atau kami panggil tomboutong dalam bahasa tempatan. potong kecil-kecil(dalam 2inci panjang), tumis bawang merah, masukkan sayur ni. kemudian masukkan sedikit air asam jawa (lebih kurang3-4sudu makan). Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk lada sulah. Kalau campur dengan ikan bilis, lagi sedap.
Ringkas, dan kena dengan selera aku. Kalau berkenan, cubalah. Tidak rumit dan menu sihat, sebab kurang minyak dan kurang lemak (tiada santan). Kalau guna ikan kembung (atau apa-apa jenis ikan), lagi sedap sebab resipi asalnya kena guna ikan. Cuma di dalam fridge ada ayam saja, tu yang guna ayam tu.. nak menghabiskan stok ayam. =p
mak kte selalu buat ikan masak ampap, penah dulu makan ayam ampap, tp tak sedap sgt, klu ampap memang terbaik..
ReplyDeleteps: mak kte org sabahan..hehe
betul, sebab ampap ni rasanya masam, jadi lebih sesuai dengan ikan.. =) Tapi kalau dah teringin tu, ayam pun boleh. hihi
Delete