Tuesday, May 01, 2012
Roti Putih 2.0
Ini kali ketiga aku buat roti putih. Kali pertama, sepertimana yang aku post pertama kali ; roti putih 1. Kali kedua, aku mencuba resipi lain dari buku resipi tebal-tebal koleksi Encik Suami yang memang berlambak di rumah ni. Roti yang kedua tu Encik Suami aku ada merasa. Dia cakap OK, tapi kena tambah sikit gula. Seronoklah aku, sebab aku terima kata-kata itu bukan sebagai kata-kata dari suami..tapi kata-kata dari seorang yang dah berbelas tahun dalam dunia bakeri dan pastri.
Lepas tu, dia ada juga mencuba rasa Cinnamon Rolls aku. Dia pesan kena uli doh tu lama sikit, sebab kejadiannya tidak begitu lembut selepas sejuk. Rasa dah OK, katanya. memang hari tu aku uli ala kadar sahaja, sebab malas punya pasal...hahaha. teruk betul.
Maka, hari ini aku buat roti lagi. Memang betul, sejak belajar buat roti ni, aku berhenti beli roti sekejap. Iyalah.. Roti yang ada kat rumah ni, siapa nak makan pulak kan.
Resipi ni lebih kurang resipi sebelum ni, cuma aku guna susu segar untuk menggantikan air, dan mentega menggantikan minyak.
*1 cawan = sukatan 1 cup yang bersaiz standard.
tsp= teaspoon, tbs=tablespoon (bersaiz standard)
Roti Putih 2.0
sumber:Better homes and Gardens; New Cook Book Special Edition Pink Plaid (2003)
3 cawan tepung gandum
2 tsp yis (jenis peket )
1 cawan susu segar
1/2 tsp garam
1 1/4 tbs mentega
1/8 cawan gula
- panaskan susu, gula, garam, mentega sehingga mentega mula mencair. Jika terlalu panas, sejukkan sehingga mencapai tahap suam. (macam kepanasan susu botol baby).
- tuangkan campuran susu ke dalam campuran 1 cawan tepung + yis di dalam bowl besar. Kacau perlahan dengan senduk hingga sebati. Biarkan seketika, dalam 10 minit.
- masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau dengan senduk sehingga tidak boleh dikacau lagi. Kemudian boleh gunakan tangan untuk menguli sambil menambah tepung. uli sehingga tidak melekat lagi. proses ini mengambil masa lebih kuran 8-15minit. kalau uli sekejap sangat, yis dan tepung tidak bertindak balas sepenuhnya, membuatkan roti kurang lembut.
- masukkan doh ke dalam bekas yang disapu sedikit minyak, tutup dengan plastik dan tuala dapur. rehatkan lebih kurang sejam atau 2 kali naik. Jika cuaca sejuk, ia mungkin mengambil masa lebih lama.
- tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. letakkan doh pada permukaan yang telah ditabur sedikit tepung agar tidak melekat. canai dengan penggelek. Gulung rapat dan bentukkan agar muat pada acuan yang telah disapu sedikit minyak/mentega. tutup dan rehatkan doh 30 minit.
-bakar pada suhu 190 Celcius, lebih kurang 25 minit, atau hingga berwarna keperangan. jika diketuk, roti akan berbunyi 'hollow' (bunyi ringan dan ada ruang).
-Pada 10 minit terakhir, anda mungkin perlu menutup roti dengan aluminium foil agar tidak terlebih bakar pada permukaannya.
- keluarkan roti dari acuan serta-merta, sapu dengan sedikit butter dan sejukkan.
roti ni lembut walaupun hanya menggunakan proses manual semasa menguli. bila dipotong, roti tu jatuh 'flop' gitu.. hihi. Veenea paling suka makan roti yang suam-suam kuku. mana nak dapat roti segar dari oven kalau tidak membuatnya sendiri, bukan? =p
roti ini menggunakan susu, jadi ia lebih lembut berbanding roti yang aku buat sebelum ini.
Selamat mencuba.
*suami aku masih tak belikan acuan roti standard, tapi aku sudah pandai menyesuaikan diri dengan acuan kek blok yang sedikit kecil tu.. bak kata suami aku, bukannya kau nak jual pun roti ni.. huhu.
Labels:
resepi,
resipi,
roti putih,
roti putih mudah,
roti putih tanpa mesin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment