Pages

ads

Monday, April 23, 2012

Glyph Novel Cecelia Ahern

Aku tak kisah kalau ada yang cakap aku ni kebaru-baruan atau ketinggalan. Bukan aku tidak pernah dengar pasal benda ala 'glyph' ni, cuma aku tak ambik peduli.. semuanya bermula dengan buku ni...

Hampir tiap kali Veenea selongkar rak buku aku, mesti dia ambil novel ni. Bukan sebab novel ni ada magik, tapi mungkin sebab kulitnya yang berwana ungu. Veenea ni agak obses dengan apa-apa pun yang warna ungu. Malam tadi aku pun belek-beleklah novel ni sebab dia dah hulur kat aku..

Mukasurat ni dah memang ada di sana, cuma aku tak pernah terasa nak baca. Hmmm, malam tadi (tengah-tengah malam) aku membacanya pula. Aku pun pergilah ke laman webnya, www.everydayismagical.co.uk.

Selepas membaca dan mencuba, aku jadi terujalah pulak. Oleh kerana aku ada semua novel Cecelia Ahern, aktiviti memprint glyph untuk novel-novel lain pun bermula. Kalau novel tiada glyph, boleh print dari website ni. Janji ada novel ni, sebab nanti adalah soalan-soalan cepumas dia bagi berdasarkan novel kalau nak dapatkan glyph. contoh soalan: "what is the last word in chapter 39?"
Inilah kejadian bila scan glyph yang pertama (dari novel) tadi. Keluar pokok kayu.. hahaha.

Bila scan glyph yang lain, bertambahlah objek..tetiba keluar kerusi pink. (tengok anak panah).
Habis aku scan semua glyph, inilah kejadiannya. siap aku label pertambahan objek setiap kali glyph dari novel-novel tu aku scan..
1)Kerusi pink
2)cafe
3)perahu layar
4)payung
5)pentas
6)peralatan berkelah
7) the whole background (tidak dilabel)

semuanya dari 7 novel. Dah hampir setahun aku beli novel The Book of Tomorrow tu, baru nak try..hahaha.


Okey, siapa ada koleksi novel Cecelia Ahern, dah try belum?

2 comments:

  1. Besnya....camne la nak scan benda ya?t

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna camera yg ada kat laptop.once nya capture the figure, keluar benda ya.

      Delete