Pages

ads

Friday, May 04, 2012

Veenea dan Kek Trianon

Hari ini hari lahir Veenea yang ke-3. Macam biasa, hal kek harijadi yang memang wajib pada kebanyakan sambutan harijadi, mesti diberikan kepada daddynya. Tentu hal ini terbalik pada kebanyakan orang, biasanya kaum ibu-ibu yang concern hal kek-kek ni. Tapi, dalam keluarga kami (kami bertiga sahaja pun....), aku serahkan sepenuhnya 'urusan seri paduka baginda' ni dengan Encik Suami. Puncanya...dia memang sangat cerewet kalau bab kek, coklat, dan kebanyakan makanan. Maklumlah, kerja dia pun memang dengan makanan.

Mulanya, dia janji nak buat sendiri kek. Namun dek kesibukan yang memanjang, dia asyik sibuk buat kek orang lain sampai tak terbuat kek anak sendiri. Sedih betul. Aku pun membayangkan entah mana-manalah kek dia nak kutip bawa balik last-last minute ni, sebab kek laki aku buat memang sedap. (puji sikit..hihihi). Dia sempat mesej kat FB yang dia beli kek trianon. Trianon? apa tu....sudah, dia memang selalu bawa balik istilah dan nama makanan yang aku tak pernah dengar.



Oh, rupanya itu nama kek yang dibeli dari butik kek Le Trianon di Ara Damansara. Menurut Encik Suami, di kedai ni cuma jual 2 jenis kek, Trianon & Chocolate Heaven. Kek eksklusiflah ni kalau cuma ada 2 jenis sahaja. Lagipun aku sangat maklum dengan selera suami aku tentang kek.. Kalau nak pilih kek, dia siap beli kek yang ada 'story' tersendiri. hahaha. Rasa nak tergelak pun ada, maklumlah aku ni spesies bedal apa-apa pun jenis kek.

Tapi memang tidak dinafikan, Trianon ni memang menyentap rasa jiwa dan raga. Kalau tidak, takkan pulak owner butik kek ni berani mempertaruhkan hanya 2 jenis kek... Encik Suami beli saiz 'quarter'. Menurut Encik Suami lagi, kek ini dibuat daripada coklat Belgium. Aku pun tak reti nak beza hal coklat-coklat ni, tapi semasa kek ni masuk ke dalam mulut aku, ia mengingatkan aku kepada Ferrero Rocher untuk bahagian bawah kek tu, dan bahagian lapisan atasnya mengingatkan aku kepada coklat yang pernah aku makan di sebuah kedai yang pernah wujud di Bangsar suatu ketika dahulu...coklat pertama kali yang begitu meninggalkan kesan di dasar hati(sekarang kedai tu dah tutup). memang sedap! Veenea pun suka.  Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah ke website www.letrianoncakes.com.

Apalah aku ni, dah macam bagi testimonial pulak dengan Trianon ni kan.. Hahahaha. Patutnya aku kena cerita pasal harijadi anak, alih-alih ringan sahaja aku menaip cerita pasal kek. Tak pasal-pasal dah bagi promosi.. Tapi tidak mengapa...sekurang-kurangnya siapa yang masih tercari-cari kek coklat yang mengancam dan eksklusif, bolehlah ke butik ni.

Veenea tahun ni semakin pandai meniup lilin. Bukan macam tahun lepas, terpaksa aku yang tolong tiupkan. Tahun ni kena pasang api lilin 2 kali sebab dia tak puas tiup. Lepas tu dia menunjukkan skill terpendam dia dengan memotong kek sendiri. Thanks to daddy dia yang sudi meluangkan masa balik sekejap walaupun sibuk. Walaupun tidak sempat buat sendiri kek untuk Veenea, kek Trianon yang dia bawa balik ini memang sedap. Harap-harap birthday aku bulan depan dia boleh pulak try beli Chocolate Heaven, muahaha. rosak pelan diet aku dibuatnya.

Okey, itulah cerita aku sempena birthday Veenea yang ketiga... Veenea dan kek Trianonnya.

No comments:

Post a Comment