Sunday, July 22, 2012
Jus Serai Pandan dan Agar-agar
Jus serai, memang my favourite. Tapi kali ini aku mencuba untuk mencampurkan sedikit dengan jus pandan, lebihan yang aku perolehi untuk membuat agar-agar. Jus Serai sedap diminum berais mahupun suam-suam. Jika cuaca panas, ia baik untuk menyejukkan tubuh, dan jika di hari sejuk ia baik untuk menghangatkan. Jadi, terpulang nak minum macam mana.
Jus Serai Pandan
3 batang serai diketuk
4 cawan air
3 sudu makan gula (boleh adjust ikut selera)
1/4 cawan jus pandan (pilihan)
Masukkan kesemua bahan dalam periuk, rebus pada api perlahan selama sejam. Sejukkan, dan hidangkan bersama ketulan ais. Atau boleh diminum hangat. Sebenarnya, jus pandan tu aku letak sekadar untuk bereksperimentasi. Tapi, rasanya boleh tahan. Vee Jr pun boleh minum, sebab rasa 'kuat' serai tu dicover oleh aroma pandan yang segar. Selain tu, warna hijau dari pandan tu membuatkan jus ini kelihatan lebih cantik, hihi.
Jus serai ni kata orang baik untuk buang angin dalam badan. baik juga untuk mengurangkan kolesterol. Itu yang aku dengar-dengarlah..
Agar-agar Pandan
Lapisan hijau:(Bahan A)
500ml air + jus pandan
120g gula pasir
1 sudu makan serbuk agar-agar
Lapisan atas: (Bahan B)
350ml air
150ml santan (aku guna santan kotak)
120g gula pasir
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan serbuk agar-agar
secubit garam
Masukkan kesemua bahan A dalam periuk dan panaskan pada api sederhana. Kacau sehingga mendidih. Masukkan ke dalam loyang.
Jarakkan masa beberapa ketika sebelum mengulangi langkah yang sama untuk Bahan B. Ini bagi memberi masa lapisan bawah mengeras. Selepas bahan B dipanaskan, tuang perlahan pada bahagian atas lapisan hijau tadi. Sejukkan, dan sedap dimakan dingin dari peti sejuk.
Cara membuat Jus Pandan:
1/2 cawan daun pandan yang dipotong-potong
1/2 cawan air
Blender bahan diatas. kemudiantuang di atas penapis untuk mendapatkan jusnya. Tekan (perah) dengan sudu untuk mendapat jus maksimum. Hampas pandan ini boleh di blender lagi (dengan sedikit air lagi), dan ulang proses menapis.
Anyway, kalau tiada daun pandan... guna saja perisa pandan. Banyak jual di kedai =). Aku cuma mahu warna dan aroma pandan semulajadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment