Wednesday, July 18, 2012
Hasil Kitar Semula (Pencinta Alam Bahagian 5)
Teringat akan satu entri tahun yang lepas, iaitu tentang kitar semula. Bagaimana aku menyatakan bahawa di rumah ini aku mengitar semula bahan-bahan yang boleh dijual seperti suratkhabar dan botol-botol plastik, di sini. Aku juga ada sebut yang aku kumpulkan hasil jualan kitar semula dan nak tengok hasilnya selepas setahun.
Apa kaitannya dengan gambar di atas? sebenarnya sebahagian daripada duit jualan tu aku gunakan untuk membeli novel-novel ini. Novel ini pulak bukannya aku beli di kedai buku, tapi dari seorang kawan. Maknanya, membeli dengan konsep 'kitar semula' juga. Membeli novel terpakai, sebab jauh lebih murah. Kalau di kedai, novel macam ni berpuluh ringgit satu.
Lepas tu sebahagian lagi duit jualan, aku dah buat bayar tong gas dan beli biskut-biskut Vee Jr. Dalam lingkungan RM60++ kut. Tak ingat. Tapi best kan? Bahan-bahan terbuang boleh 'bertukar' jadi sesuatu. Aku agak 'kesal' sebab 'lori suratkhabar lama' ni tak ambik botol-botol kaca dan sampah plastik (selain daripada jenis botol plastik). Bukannya aku nak kumpul duit, tapi aku cuma nak memaksimumkan pengitaran semula. Aku tak kesah pun berapa mereka nak beli..janji aku boleh membantu sedikit dalam usaha memulihara alam sekitar.
Aku pula biasanya membeli barang dapur pada hari Sabtu, jadi secara automatik aku akan membawa beg sendiri. Aku pernah jumpa beberapa orang yang enggan membeli barang pada hari Sabtu dengan alasan plastik kena bayar. Aiyoo..kalau dah tahu tu, bawalah beg sendiri, bukannya susah pun. Kita ni dilantik sebagai pentadbir di muka bumi, marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar yang 'dipinjamkan' oleh Yang Maha Pencipta. Kalau dalam diri itu ada tercalit perasaan 'hamba' dan sedar segala yang ada di dunia ini bukan kita punya, sudah tentu kita tidak keberatan untuk sama-sama mencuba cara untuk memelihara dunia ini. Kalau diniatkan membawa beg sendiri itu untuk tujuan kebaikan sejagat, Insya Allah ia akan diterima sebagai satu amal ibadah.
Marilah menjaga alam sekitar!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment