Aku akhirnya mengambil keputusan membuat Pau Goreng Sambal. (belum confident nak buat kuih tako). Kuih kegemaran aku. Tiap kali nampak di mana-mana, mesti beli. Aku akhirnya cuba untuk membuat, memandangkan hari tu masa pergi Mydin, aku gatal-gatal beli tepung superfine, Bluekey halus lagi putih...cerita sebenarnya aku nak beli tepung pau, namun oleh kerana kelam-kabut, aku terbeli salah kotak. Apapun, tepung ini pun boleh buat pau kalau nak.
Hmm..macam pacman pulak aku tengok. haha.
Pau Goreng Sambal
sumber asal: Majalah Rasa 2010 , dan aku dah ubahsuai
Bahan Doh:
500g tepung kuih pau (aku guna tepung gandum superfine.. tepung gandum biasa pun boleh)
2 1/4 sudu teh yis segera
50g minyak sayuran (aku guna minyak sawit je)
100g gula halus
250g air suam (aku tambah 1/2 cawan susu sebab doh agak keras)
Bahan inti:
dikisar:
1 biji bawang merah
1/3 biji bawang kuning
12 tangkai cili kering (buang biji dan rebus 5 minit)
----
segenggam ikan bilis belah
1 biji bawang kuning dipotong bulat
garam, gula
air asam jawa
minyak untuk menggoreng
1 timun, dihiris
-untuk inti.. aku buat sebelah malam. sebabnya, supaya aku boleh try, hehehe.siang-siang puasa..aku bukannya terror buat sambal ikan bilis ni.
- goreng bilis sebentar, ketepikan.
-tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
-masukkan bawang kuning yang dipotong bulat. gaul sehingga bawang layu.
- masuk gula, garam, air asam jawa.
-lastly, masuk ikan bilis, gaul rata.
-dah masak, angkat.
-untuk pengetahuan, aku guna banyak bawang kuning berbanding bawang merah untuk membuatkan sambal itu rasa sedikit manis. aku tidak suka sambal yang terlalu pedas. Lagipun, anak aku 3 tahun tu nak makan.
untuk doh:
-satukan air, yis, gula. gaul biar sebentar 3-4 minit.
-masukkan garam, minyak.
-masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mengacau guna sudip kayu. kalau dah tak boleh kacau, guna tangan. Oleh kerana doh agak keras, aku masukkan sedikit susu segar, sebab susu ni boleh melembutkan roti.
-uli adunan lebih kurang 5 minit.
-selepas doh sebati, uli memanjang dan bahagikan kepada 25 bahagian. Tapi aku tak buat..aku cuma potong doh guna scrapper dan timbang setiap doh kira-kira 30g. aku dapat 28 biji.
- biar selama 10 minit (tutup dengan plastik). kemudian bentukkan bahagian-bahagian kecil tadi menjadi bulat. susunlah atas talam, jarakkan sebab nanti ia naik 2 kali. biar sejam. (tutup dengan plastik).
- selepas sejam, doh ni 'penuh' dengan angin. leperkan dengan tapak tangan, dan bentukkan lagi (kepal-kepalkan) jadi bulat. Biar lagi 15 minit.
-gorengkan doh dalam minyak yang banyak . goreng hingga kekuningan, angkat dan sejukkan.
-belah pau goreng ini (tapi jangan sampai putus). Masukkan sambal, dan selitkan sepotong timun. boleh juga gantikan timun dengan potongan telur dadar.
Tak sangka, sedap juga kuih aku buat..hihi. Gebu gitu..macam di kedai. Lepas ni mesti aku nak buat lagi. tapi tak boleh selalu sangat, nanti aku pun terlebih gebu. =p
ini hasilnya di dalam pinggan-pinggan untuk dikembalikan ke jiran tetangga.
cuba buat.. jimat lagi menyelerakan!
mesti ada setiap pagi d kantin sekolah
ReplyDelete