Belum pun sembuh mata aku, demam pula melanda. Macam biasa, kalau kena demam, maunya seminggu baru sembuh.huhu. Maka, berair-airlah mata ni kedua-duanya sebab ditambah dengan penangan bersin tidak berkesudahan.
Beberapa hari lepas, aku ajar benda baru dengan Vee Jr, iaitu menukar channel astro. Puncanya, aku tak tahan sebab setiap 5-10 minit dia hulur remote suruh tukar kalau terkena kartun yang dia tak berkenan. Jadi, aku pun menurunkan ilmu menukar channel dengan Vee Jr ni.
sumber gambar: wikipedia.org
Remote Astro aku jenis macam di atas, dekoder lama..sekarang ni orang pakai B.yond tapi aku masih pakai piring astro lama warna kelabu terang tu. OK, mesti ada yang terfikir..Vee Jr boleh ke tekan nombor laju-laju? Kalau nak tekan channel astro kan kena tekan 3 nombor, contohnya untuk channel Disney Junior..kena tekan 6-1-3. Vee Jr kan baru 3++, jari dia masih terlalu comel untuk mencapai tahap kelajuan minima menekan nombor.
Aku gunakan fungsi butang 'FAV' pada remote tu. Butang tu kita boleh set channel-channel kegemaran kita. Maka, dalam kes ini, aku set kan semua channel kartun dari 611, 612, 613, 615, 616, 618. Cara nak set, pergi butang 'Menu', lepas tu pilih 'List of services', di sana boleh tick mana-mana channel untuk di set sebagai 'Favourite'. Untuk set channel ni, memerlukan password. By default, password nya '1234', kecualilah korang pernah tukar sebelum ini.
Lepas dah siap set, bolehlah tekan butang 'Fav' pada remote tu. Kalau mahu dalam mode channel favourite, tekan butang tu dan akan keluar tanda 'bintang' pada skrin TV. kalau warna putih, maknanya anda dalam mode 'fav'. kalau nak keluar dari mode 'fav', tekan kembali butang tu. kalau bintang warna merah, maknanya anda telah keluar dari mode 'fav'.
Jadi, sebenarnya aku cuma ajar Vee Jr tekan satu butang sahaja iaitu 'P+'. Kalau dia nak tukar channel, dia tekanlah butang tu. Maknanya channel cuma bertukar dalam lingkungan 6 channel yang dah di'set' pada 'FAV', pusing-pusing kat situ sajalah..
Jadi, aku pun bolehlah buat kerja dengan aman damai, sebab dia dah pandai cari channel sendiri.
Tapi kan... yang tak bestnya, sekarang ni remote dia yang pegang. Huhuhu.
Untuk remote B.yond, aku pun tak pasti. tapi aku rasa masih guna konsep yang lebih kurang.
Nota kaki: boleh dipraktikkan untuk golongan tua-tua macam mak mertua aku. Kalau dia ada, aku set 'fav' channel yang bersesuaian dengan kehendak dia. oasis, tv9, tv alhijrah, animal planet. Taklah susah nak tukar channel.
No comments:
Post a Comment