Lama sungguh tidak update blog ini.. Bayangkan, entri terakhir tentang percutian ke Kundasang..Ini nak cerita pasal Kundasang lagi! =) Mungkin lebih spesifik, tentang pengalaman menginap di J Residence.
Selepas bercuti dengan keluarga, kali ini ada peluang bercuti secara 'ekslusif' pulak. Sengaja mencari lokasi bermalam yang jauh dari penempatan manusia, atau lebih tepat..yang lebih dekat dengan alam semulajadi. maka, hasil carian pak google, dan bacaan dari blog ke blog.. akhirnya aku memutuskan untuk memilih J Residence sebagai lokasi penginapan. Aku menempah penginapan sebulan lebih awal, agar percutian ini berjalan dengan lancar... Juga sebagai kepastian agar mendapat tempat yang menepati citarasa.
Berurusan dengan J Residence adalah satu pengalaman yang menarik pada aku, kerana maklumbalas yang cepat (tidak sampai 2 jam selepas email pertama), malah memberi maklumat yang sangat memuaskan. Setelah menimbang-nimbang serta membaca banyak 'review' dari pelbagai sumber, aku akhirnya menempah 'house 1', yang kelihatannya menjanjikan lebih 'privacy' berbanding rumah-rumah yang lain. antara tips-tips yang aku boleh rumuskan:
1) privacy (1 bilik tanpa bersambung mana-mana bilik) -house 1
2) kemudahan dapur - house 2
3) pemandangan cantik - house 3, 5
4) percutian keluarga/ bilangan ramai- villa
untuk maklumat lanjut, bolehlah ke laman web http://jresidence.com
Dan, pada 1-2 Mac lalu...aku, Veenea dan daddynya menuju ke Kundasang untuk meluangkan masa bercuti bertiga setelah sekian lama tidak bercuti sebagai keluarga. Lokasinya hanya terletak kira-kira 300meter sebelum Kinabalu Park (dari arah Kota Kinabalu). Terdapat papan tanda besar bertulis huruf 'J' di sebelah kanan jalan besar. Jadi, nak mencari tempat ni, tidaklah sesukar mana.
Cuma 2 perkara yang membimbangkan aku. Pertama, jalan masuk yang dikatakan curam. Kedua, tekanan bekalan air yang dikatakan rendah. Namun, sebaik sahaja tiba di sini, kebimbangan hilang serta-merta! Jalan masuknya memang agak curam, tapi viva yang aku naiki berjaya melaluinya tanpa sebarang masalah. Selepas check-in (di pertengahan jalan curam), dan mendapat kunci..kami pun menuju ke rumah yang ditempah. Tidak sukar untuk aku mengecam 'house 1' memandangkan aku sudah melihat gambarnya berkali-kali di internet =).
Keadaan House 1 sangat memuaskan. Luas, bersih, ringkas, dan cantik mata memandang. Bilik airnya sangatlah luas, dan sesungguhnya tiada masalah dengan tekanan air. Pemanas air di bilik air pun sangat OK pada aku. Veenea pulak sangat seronok, dan menghabiskan kebanyakan masa dengan menonton DVD Dora the Explorer yang aku bawa sendiri kerana mendapat tahu setiap bilik disediakan sebuah TV berserta pemain DVD. Maka, aku bolehlah berehat dengan tenang tanpa diganggu Veenea.
Cerek elektrik turut disediakan. Berserta dengan sebotol besar air minuman, dan 2 paket nescafe 3 in 1. Memang sangat kena dengan perangai 'hantu nescafeku'. hihihi. 2 helai tuala serta peralatan mandi seperti sabun dan syampu turut disediakan. Tisu tandas pun ada. pada kadar yang berpatutan, RM88 1 malam (Isnin-Jumaat), penginapan ini sangat sempurna padaku. Oleh kerana penginapan ini berada di kawasan Gunung Kinabalu, aku sememangnya menjangkakan suasana yang hijau dan dekat dengan alam semulajadi, sebagaimana yang 'diberi' oleh penginapan J Residence ini.
Cuaca malam memanglah tersangat dingin. Namun aku sudah bersedia dengan baju tebal. Malah aku membawa selimut extra untuk Veenea (dan tidak digunakan pun sebab selimut yang ada sudah cukup tebal).. J Residence ada menyediakan selimut tambahan pada kadar bayaran tertentu.
Awal pagi aku dikejutkan oleh Veenea apabila mengatakan " Umi, there's a snake!" Panik aku sekejap. "And a tiger!" Rimau?
"In the jungle!" sambungnya lagi sambil menudingkan jari ke luar balkoni yang dirimbuni pemandangan hijau. Tergelak aku dibuatnya. jangan risau beb, tiada ular mahupun rimau. Cuma imaginasi Veenea semata-mata yang tidak selalu nampak hutan.
Veenea nampak begitu suka dengan suasana sekeliling. Begitu juga aku. Terdetik di hati aku untuk menginap lagi di tempat ini suatu masa nanti, kerana dalam masa sesingkat 1 malam, fikiran aku begitu lapang dan tercetus beberapa idea untuk menulis. Dah lama benar hatiku kacau dan 'blocked' daripada menyusun perkataan-perkataan. Tengok masa dan rezeki aku ke sini lagi...macamlah jauh sangat dari rumah mak bapak aku..sejam perjalanan saja. haha.
Pekan Kundasang juga tidak begitu jauh, cuma kira-kira 15 minit perjalanan kereta. Jadi, aku tidak bermasalah dalam mencari tempat makan.
Ok lah. Kalau masih tercari-cari tempat menginap, J Residence adalah salah satu lokasi yang sangat baik bagi sesiapa yang mencari ketenangan dan suasana hijau. Siap boleh dengar bunyi cengkerik lagi. Cuma penginapan ini tidak menawarkan pemandangan yang menghadap Gunung Kinabalu, namun masih 'menghadiahkan' pemandangan lembah menghijau.
Kemudahan (House 1): tuala, sabun, syampu, cerek air, mug, tv & pemain DVD (tiada siaran tv), wifi (aku tidak test tapi ada dinyatakan), balkoni peribadi tanpa berkongsi dengan penghuni lain, warm shower, dan suasana ketenangan yang luar biasa.
Thumbs up J Residence!
Entri berkaitan: Desa Cattle Kundasang
Monday, March 04, 2013
Sunday, January 27, 2013
Cuti sehari dua
Hari Rabu dan Khamis lepas, kami sekeluarga meluangkan masa bercuti sehari di Kundasang. Tempat yang sejuk, malah tidak begitu jauh sebenarnya dari rumah, cuma dalam sejam setengah perjalanan. Bak kata mak, nak 'escape' sekejap dari rutin harian. Maka, sempena cuti Maulidur Rasul, kami pun pack-a-bag ala kadar dan terus meninggalkan rumah.
Aku tak hurai panjang-panjang kisah percutian kami, cuma selepas kunjungan itu, terasa nak pergi sendiri pulak di sana dengan Vee Jr pada hari lain di masa akan datang. Kalau pada hari tersebut kami sekeluarga memilih untuk menginap di homestay yang boleh masak-masak, depan Kinabalu, tengah-tengah kampung orang..rasanya kalau aku pergi sendiri, aku nak situasi yang sebaliknya.
Maka, aku pun mulalah membuat 'homework' dengan mencari tempat penginapan yang lebih bersifat 'private'. Rajin pulak aku meng google untuk merancang percutian sendiri. Mungkin dalam bulan Mac, insya Allah aku akan kembali ke Kundasang. Bila difikir-fikir balik, sungguh dekat tempat bercuti untuk me'release tension'. Selaku pencinta alam dan pencinta suhu sejuk,aku sememangnya sangat suka dengan suasana Kundasang yang terletak di kaki gunung Kinabalu.
menikmati Nescafe di kaki gunung Kinabalu adalah satu perasaan yang sukar untuk dicerita akan kenikmatannya. Mahu tahu, kena cuba sendiri. =)

Monday, January 21, 2013
Pergi dan irama hujan
Kesan bunyi. Kalau sebut,mesti teringat filem-filem aksi.
Tapi ini lain. Aku sedang melayari youtube untuk mendengar lagu Pergi nyanyian Aizat. SAejak dua menjak ni, hati macam sayu-sayu dengar lagu ni.
Malam ini, barulah aku tahu bahawa lagu ini semakin best jika didengar bersama titisan hujan. Jadi, kalau tidak hujan, bolehlah membuka laman web www.rainymood.com untuk merasai effect bunyian hujan.
cuba sekali, memang terasa lainnya. Macam....rasa teh tarik yang ditarik secukup rasa, penuh di mulut, dan nikmat pula buih-buihnya.
klip video ada di sini http://www.youtube.com/watch?v=bxGSjZx5UQ8 (Pergi - Aizat)
dan, mood hujan ada di sini http://www.rainymood.com
Selamat mencuba.
*mengikut cadangan salah seorang yang memberi komen pada videoklip ini.

Tuesday, July 31, 2012
Bagaimana aku mengenali Harry Potter
Beberapa minggu lepas, aku mengikuti cerita Harry Potter di TV2 yang disiarkan pada jam 10 malam, hari Jumaat. Aku berpeluang menonton semula filem bersiri Harry Potter dari yang pertama hingga keempat. Rasanya untuk minggu ini, sudah tidak ada memandangkan tiada iklan tentang penayangan sekuel seterusnya.
Harry Potter.
Pertama kali aku mendengar nama ini semasa aku di matrikulasi, dari mulut salah seorang sahabat baik aku, Erni Maaman. Masa tu tengah kecoh-kecoh nak keluar filem sekuel pertama Harry Potter, "Harry Potter and The Philospher's Stone". Aku sudah tentu rasa ingin tahu memandangkan cerita filem ini begitu cepat menular. Aku masih ingat bila mana Erni menjawab soalan aku sepintas lalu, tentang Harry Potter, seorang budak yang serabai rambutnya menutupi dahi dan parutnya. Okey, pada masa itu aku memang tidak dapat menangkap walau satu perkataan pun tentang idea kehebatan Harry Potter. I was blur. Memang sentiasa blur..hahaha. Selepas menontonnya pertama kali di panggung, memang best!
Sejak itu, aku sentiasa menonton sekuel Harry Potter kesemuanya di panggung. Siri yang kedua, Harry Potter and the Chamber of Secrets, semasa di Unimas. masa tu baru-baru masuk Unimas. Aku menontonnya seorang, kalau tak silap.Siri ketiga, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban. Lepas tu siri keempat, Harry Potter and The Goblet of Fire, aku menontonnya dengan Tini..pembuka ceritanya ular yang menjalar..aku ingat sebab di sebelah aku ada seorang penonton yang begitu curious (sebab lambat masuk panggung beberapa saat). dia tidak henti-henti bertanya apakah 'scene' yang dia terlepas tonton..sedangkan dia cuma terlepas tonton keluarnya logo 'WB'.hahaha.Kalau ikut kepala jahat, mahu aku cakap masa tu yang dia dah terlepas banyak 'aksi'. Sure dia akan beli tiket untuk menonton sekali lagi.
Lepas tu, aku tidak ada kesempatan menontonnya lagi.Puncanya, aku terlepas filem yang kelima, Harry Potter and the Order of Phoenix. Aku merasakan, dengan 'gap' satu episod sudah tentu tidak seronok lagi untuk menonton episod yang seterusnya. Entahlah, kenapa aku tidak menontonnya melalui VCD. Cuma sehinggalah selepas menonton kembali filem ini di TV2, aku terfikir untuk menonton penuh kesemua episod filem (8 filem) ini. dalam tempoh sehari, kesemua 8 episod ada di laptop aku sekarang. akhirnya, aku menonton habis juga kesemuanya, setelah sekian lama..11 tahun.
Ya, siapa sangka novel tulisan JK Rowling ini berjaya menimbulkan fenomena tersendiri. Untuk 10-20 tahun akan datang, aku percaya Harry Potter akan sentiasa jadi 'legenda' di kalangan penggemar novel dan filem.Oh, ya..if you're wondering.. Aku belum membaca novel Harry Potter walaupun aku begitu meminati filemnya. hihi. Sedangkan dulu kawan sebilik aku, Yanteh merupakan peminat novel ini, cuma aku terlalu sibuk untuk membacanya pada waktu itu. Tapi terfikir untuk mencari koleksi novel ini, selepas selesai menonton kesemua filem-filemnya. Kalau ada BBW akan datang dan berkesempatan, sudah tentu aku akan mencarinya di sana.

Wednesday, July 25, 2012
Kepada Pencinta Tauhu
Ya...hari ini aku teringin makan tauhu. everything tauhu. Untuk pengetahuan, aku memang suka tauhu dan kacang soya sejak dari kecil.
Nak tulis resipikah? Bukannya susah pun. Ambil 2 biji tauhu. Belah 2 (dari tepi sebab tauhu ni kan tebal.) letak sikit garam dan lada putih. stim kan lebih kurang 8 minit. untuk inti, potong memanjang buah sengkuang dan lobak, stimkan lebih kurang 5 minit. (yes! finally I know what is buah sengkuang!) Untuk pengikat tauhu macam di atas tu, rebus beberapa helai daun bawang dengan sedikit garam dan cuka makan. Mana aku tahu bahan-bahan ni? aku main hentam..hahaha.
Untuk membentuk tauhu yang comel-comel tu, potong tauhu yang telah disejukkan. Potong 4, atau ikut suka..gunalah imaginasi anda untuk mendapat bentuk macam dalam gambar. Letak sengkuang dan tauhu di bahagian tengah, dan ikat dengan daun bawang yang dibelah dua. maka, terjadilah tauhu comel-comel tu. Inspirasi dari drama Dae Jang Geum. muahaha.Kalau rasa nak makan ala-ala drama tu, gunalah chopstick. =p
Popiah tu sebenarnya guna inti lebihan tauhu, sengkuang dan lobak merah tadi. aku letak sekali telur goreng dadar yang dipotong kecil-kecil. Aku juga isi banyak-banyak inti dalam kulit popiah tu, maka aku memerlukan 2 kulit popiah untuk mengelakkan kebocoran. sebab lain juga, Vee Jr suka mengupas kulit popiah. Jadi, dengan 2 lapis, dia lebih berpuas hati untuk mengupas. Part inti tu, memang terpulang dengan selera masing-masing. Letak daging, ayam, udang..apa-apalah ikut sukahati dan isi peti sejuk anda.
Motif aku buat entri ni, kita boleh buat apa-apa makanan ikut selera kita. Mungkin orang tak pernah buat, tapi apa salahnya kita buat sendiri ikut selera kita kan? hihi
Okey, selamat bereksperimentasi dengan makanan kegemaran anda.
Monday, July 23, 2012
Pau Goreng Sambal
Nampaknya Ramadan ni jadi sesi berkongsi resipilah pulak..hihi.
Aku akhirnya mengambil keputusan membuat Pau Goreng Sambal. (belum confident nak buat kuih tako). Kuih kegemaran aku. Tiap kali nampak di mana-mana, mesti beli. Aku akhirnya cuba untuk membuat, memandangkan hari tu masa pergi Mydin, aku gatal-gatal beli tepung superfine, Bluekey halus lagi putih...cerita sebenarnya aku nak beli tepung pau, namun oleh kerana kelam-kabut, aku terbeli salah kotak. Apapun, tepung ini pun boleh buat pau kalau nak.
Pau Goreng Sambal
sumber asal: Majalah Rasa 2010 , dan aku dah ubahsuai
Bahan Doh:
500g tepung kuih pau (aku guna tepung gandum superfine.. tepung gandum biasa pun boleh)
2 1/4 sudu teh yis segera
50g minyak sayuran (aku guna minyak sawit je)
100g gula halus
250g air suam (aku tambah 1/2 cawan susu sebab doh agak keras)
Bahan inti:
dikisar:
1 biji bawang merah
1/3 biji bawang kuning
12 tangkai cili kering (buang biji dan rebus 5 minit)
----
segenggam ikan bilis belah
1 biji bawang kuning dipotong bulat
garam, gula
air asam jawa
minyak untuk menggoreng
1 timun, dihiris
-untuk inti.. aku buat sebelah malam. sebabnya, supaya aku boleh try, hehehe.siang-siang puasa..aku bukannya terror buat sambal ikan bilis ni.
- goreng bilis sebentar, ketepikan.
-tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
-masukkan bawang kuning yang dipotong bulat. gaul sehingga bawang layu.
- masuk gula, garam, air asam jawa.
-lastly, masuk ikan bilis, gaul rata.
-dah masak, angkat.
-untuk pengetahuan, aku guna banyak bawang kuning berbanding bawang merah untuk membuatkan sambal itu rasa sedikit manis. aku tidak suka sambal yang terlalu pedas. Lagipun, anak aku 3 tahun tu nak makan.
untuk doh:
-satukan air, yis, gula. gaul biar sebentar 3-4 minit.
-masukkan garam, minyak.
-masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mengacau guna sudip kayu. kalau dah tak boleh kacau, guna tangan. Oleh kerana doh agak keras, aku masukkan sedikit susu segar, sebab susu ni boleh melembutkan roti.
-uli adunan lebih kurang 5 minit.
-selepas doh sebati, uli memanjang dan bahagikan kepada 25 bahagian. Tapi aku tak buat..aku cuma potong doh guna scrapper dan timbang setiap doh kira-kira 30g. aku dapat 28 biji.
- biar selama 10 minit (tutup dengan plastik). kemudian bentukkan bahagian-bahagian kecil tadi menjadi bulat. susunlah atas talam, jarakkan sebab nanti ia naik 2 kali. biar sejam. (tutup dengan plastik).
- selepas sejam, doh ni 'penuh' dengan angin. leperkan dengan tapak tangan, dan bentukkan lagi (kepal-kepalkan) jadi bulat. Biar lagi 15 minit.
-gorengkan doh dalam minyak yang banyak . goreng hingga kekuningan, angkat dan sejukkan.
-belah pau goreng ini (tapi jangan sampai putus). Masukkan sambal, dan selitkan sepotong timun. boleh juga gantikan timun dengan potongan telur dadar.
Tak sangka, sedap juga kuih aku buat..hihi. Gebu gitu..macam di kedai. Lepas ni mesti aku nak buat lagi. tapi tak boleh selalu sangat, nanti aku pun terlebih gebu. =p
ini hasilnya di dalam pinggan-pinggan untuk dikembalikan ke jiran tetangga.
cuba buat.. jimat lagi menyelerakan!

Hmm..macam pacman pulak aku tengok. haha.

Labels:
burger malaysia,
kuih pacman.,
pau goreng sambal,
resipi
Sunday, July 22, 2012
Jus Serai Pandan dan Agar-agar
Jus serai, memang my favourite. Tapi kali ini aku mencuba untuk mencampurkan sedikit dengan jus pandan, lebihan yang aku perolehi untuk membuat agar-agar. Jus Serai sedap diminum berais mahupun suam-suam. Jika cuaca panas, ia baik untuk menyejukkan tubuh, dan jika di hari sejuk ia baik untuk menghangatkan. Jadi, terpulang nak minum macam mana.
Jus Serai Pandan
3 batang serai diketuk
4 cawan air
3 sudu makan gula (boleh adjust ikut selera)
1/4 cawan jus pandan (pilihan)
Masukkan kesemua bahan dalam periuk, rebus pada api perlahan selama sejam. Sejukkan, dan hidangkan bersama ketulan ais. Atau boleh diminum hangat. Sebenarnya, jus pandan tu aku letak sekadar untuk bereksperimentasi. Tapi, rasanya boleh tahan. Vee Jr pun boleh minum, sebab rasa 'kuat' serai tu dicover oleh aroma pandan yang segar. Selain tu, warna hijau dari pandan tu membuatkan jus ini kelihatan lebih cantik, hihi.
Jus serai ni kata orang baik untuk buang angin dalam badan. baik juga untuk mengurangkan kolesterol. Itu yang aku dengar-dengarlah..
Agar-agar Pandan
Lapisan hijau:(Bahan A)
500ml air + jus pandan
120g gula pasir
1 sudu makan serbuk agar-agar
Lapisan atas: (Bahan B)
350ml air
150ml santan (aku guna santan kotak)
120g gula pasir
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan serbuk agar-agar
secubit garam
Masukkan kesemua bahan A dalam periuk dan panaskan pada api sederhana. Kacau sehingga mendidih. Masukkan ke dalam loyang.
Jarakkan masa beberapa ketika sebelum mengulangi langkah yang sama untuk Bahan B. Ini bagi memberi masa lapisan bawah mengeras. Selepas bahan B dipanaskan, tuang perlahan pada bahagian atas lapisan hijau tadi. Sejukkan, dan sedap dimakan dingin dari peti sejuk.
Cara membuat Jus Pandan:
1/2 cawan daun pandan yang dipotong-potong
1/2 cawan air
Blender bahan diatas. kemudiantuang di atas penapis untuk mendapatkan jusnya. Tekan (perah) dengan sudu untuk mendapat jus maksimum. Hampas pandan ini boleh di blender lagi (dengan sedikit air lagi), dan ulang proses menapis.
Anyway, kalau tiada daun pandan... guna saja perisa pandan. Banyak jual di kedai =). Aku cuma mahu warna dan aroma pandan semulajadi.
Wednesday, July 18, 2012
Hasil Kitar Semula (Pencinta Alam Bahagian 5)
Teringat akan satu entri tahun yang lepas, iaitu tentang kitar semula. Bagaimana aku menyatakan bahawa di rumah ini aku mengitar semula bahan-bahan yang boleh dijual seperti suratkhabar dan botol-botol plastik, di sini. Aku juga ada sebut yang aku kumpulkan hasil jualan kitar semula dan nak tengok hasilnya selepas setahun.
Apa kaitannya dengan gambar di atas? sebenarnya sebahagian daripada duit jualan tu aku gunakan untuk membeli novel-novel ini. Novel ini pulak bukannya aku beli di kedai buku, tapi dari seorang kawan. Maknanya, membeli dengan konsep 'kitar semula' juga. Membeli novel terpakai, sebab jauh lebih murah. Kalau di kedai, novel macam ni berpuluh ringgit satu.
Lepas tu sebahagian lagi duit jualan, aku dah buat bayar tong gas dan beli biskut-biskut Vee Jr. Dalam lingkungan RM60++ kut. Tak ingat. Tapi best kan? Bahan-bahan terbuang boleh 'bertukar' jadi sesuatu. Aku agak 'kesal' sebab 'lori suratkhabar lama' ni tak ambik botol-botol kaca dan sampah plastik (selain daripada jenis botol plastik). Bukannya aku nak kumpul duit, tapi aku cuma nak memaksimumkan pengitaran semula. Aku tak kesah pun berapa mereka nak beli..janji aku boleh membantu sedikit dalam usaha memulihara alam sekitar.
Aku pula biasanya membeli barang dapur pada hari Sabtu, jadi secara automatik aku akan membawa beg sendiri. Aku pernah jumpa beberapa orang yang enggan membeli barang pada hari Sabtu dengan alasan plastik kena bayar. Aiyoo..kalau dah tahu tu, bawalah beg sendiri, bukannya susah pun. Kita ni dilantik sebagai pentadbir di muka bumi, marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar yang 'dipinjamkan' oleh Yang Maha Pencipta. Kalau dalam diri itu ada tercalit perasaan 'hamba' dan sedar segala yang ada di dunia ini bukan kita punya, sudah tentu kita tidak keberatan untuk sama-sama mencuba cara untuk memelihara dunia ini. Kalau diniatkan membawa beg sendiri itu untuk tujuan kebaikan sejagat, Insya Allah ia akan diterima sebagai satu amal ibadah.
Marilah menjaga alam sekitar!
Tuesday, July 10, 2012
Vee Jr Belajar Menukar Channel Astro
Belum pun sembuh mata aku, demam pula melanda. Macam biasa, kalau kena demam, maunya seminggu baru sembuh.huhu. Maka, berair-airlah mata ni kedua-duanya sebab ditambah dengan penangan bersin tidak berkesudahan.
Beberapa hari lepas, aku ajar benda baru dengan Vee Jr, iaitu menukar channel astro. Puncanya, aku tak tahan sebab setiap 5-10 minit dia hulur remote suruh tukar kalau terkena kartun yang dia tak berkenan. Jadi, aku pun menurunkan ilmu menukar channel dengan Vee Jr ni.
sumber gambar: wikipedia.org
Remote Astro aku jenis macam di atas, dekoder lama..sekarang ni orang pakai B.yond tapi aku masih pakai piring astro lama warna kelabu terang tu. OK, mesti ada yang terfikir..Vee Jr boleh ke tekan nombor laju-laju? Kalau nak tekan channel astro kan kena tekan 3 nombor, contohnya untuk channel Disney Junior..kena tekan 6-1-3. Vee Jr kan baru 3++, jari dia masih terlalu comel untuk mencapai tahap kelajuan minima menekan nombor.
Aku gunakan fungsi butang 'FAV' pada remote tu. Butang tu kita boleh set channel-channel kegemaran kita. Maka, dalam kes ini, aku set kan semua channel kartun dari 611, 612, 613, 615, 616, 618. Cara nak set, pergi butang 'Menu', lepas tu pilih 'List of services', di sana boleh tick mana-mana channel untuk di set sebagai 'Favourite'. Untuk set channel ni, memerlukan password. By default, password nya '1234', kecualilah korang pernah tukar sebelum ini.
Lepas dah siap set, bolehlah tekan butang 'Fav' pada remote tu. Kalau mahu dalam mode channel favourite, tekan butang tu dan akan keluar tanda 'bintang' pada skrin TV. kalau warna putih, maknanya anda dalam mode 'fav'. kalau nak keluar dari mode 'fav', tekan kembali butang tu. kalau bintang warna merah, maknanya anda telah keluar dari mode 'fav'.
Jadi, sebenarnya aku cuma ajar Vee Jr tekan satu butang sahaja iaitu 'P+'. Kalau dia nak tukar channel, dia tekanlah butang tu. Maknanya channel cuma bertukar dalam lingkungan 6 channel yang dah di'set' pada 'FAV', pusing-pusing kat situ sajalah..
Jadi, aku pun bolehlah buat kerja dengan aman damai, sebab dia dah pandai cari channel sendiri.
Tapi kan... yang tak bestnya, sekarang ni remote dia yang pegang. Huhuhu.
Untuk remote B.yond, aku pun tak pasti. tapi aku rasa masih guna konsep yang lebih kurang.
Nota kaki: boleh dipraktikkan untuk golongan tua-tua macam mak mertua aku. Kalau dia ada, aku set 'fav' channel yang bersesuaian dengan kehendak dia. oasis, tv9, tv alhijrah, animal planet. Taklah susah nak tukar channel.
Thursday, July 05, 2012
Mengenang My Friends Tigger and Pooh
Aku rindukan Darby dalam cerita My Friends Tigger and Pooh yang pernah bersiaran di Playhouse Disney (sekarang dah jadi Disney Junior) suatu ketika dahulu. Kalau yang pernah cari di youtube, mungkin anda perasan ada banyak komen-komen yang mahukan watak Christopher Robin sebagai watak utama..dan bukannya si Darby ni..sebab, dari siri asalnya, Winnie the Pooh, Christopher nilah watak asalnya.
Bagaimanapun, aku suka dengan watak Darby. Apatah lagi semasa masih bersiaran dahulu, aku sering menontonnya dengan Vee Jr, setiap jam 8 pagi. Walaupun masa tu umur Vee Jr baru beberapa bulan, tapi dia memang terpacak depan TV. Aku yang terlebih semangat nyanyi lagu tema. And guess what, sekarang ni bila dah reti bercakap sikit-sikit, dia boleh ikut sikit-sikit (pelat) lagu ni bila sesekali dipasang dalam laptop. Sedangkan dah lama kartun ni tidak ke udara. Kalau part "think-think-think" dalam cerita ni, Vee Jr memang dah pass, siap dengan gaya sekali.
Watak kegemaran aku (selain Darby), sudah tentulah si Tigger. dan Vee Jr suka bangat dengan si rimau yang meloncat dengan ekornya ini. Aku ada beli satu VCD, 'Tigger and Pooh and a musical too'. Vee Jr betul-betul suka VCD ni. Menyesal aku tak beli siri lain hari tu, ingatkan akan sentiasa ada di kedai. Hari tu bila aku berniat nak beli siri-siri yang lain, dah tak jual dah. Tak tahulah siri ni akan ke udara lagi ke tidak. Tapi kalau tengok maklumat, macam tiada tanda-tanda akan adanya siri baru. Sedih betul. uhuks.
Sayang betul..sebab watak-watak dalam kartun ni memang menarik. =(
Sayang betul..sebab watak-watak dalam kartun ni memang menarik. =(
Wednesday, June 27, 2012
Kari Landak
(gambar dari wildlife-fauna.com)
Siapa yang rasa 'pause' sekejap bila ditanya sama ada landak halal dimakan oleh orang Islam atau tidak?
Ya, aku antara orang yang terkedu sekejap, sebab tidak pernah terlintas di fikiran sebelum ini.
Dan,
Ya, landak halal dimakan. Aku baru menonton rancangan menu alam di TV AlHijrah semalam, pengacaranya menjalankan aktiviti memburu landak bersama orang tempatan berbangsa Jawa yang mempunyai lesen memburu landak di Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang. Lepas berburu, landak tu siap dimasak kari lagi.
Nak resipi kari landak? Aku tak dapat nak bagi secara detail sebab aku cuma menonton tv tanpa mencatat apa-apa, main ingat sajalah. Lebih kurang macam masak kari ayam, daging juga. tumis bawang merah, halia, serai, daun kari, bunga lawang, kayu manis. lepas tu serbuk kari (tidak dibancuh dengan air) hingga naik bau, masukkan air. lepas tu masukkan daging landak dan kentang. kalau ada pucuk nangka, masukkan sekali untuk empukkan daging. akhir sekali, masukkan santan dan tomato. santan tu kalau nak lebih lemaknya, ada tips yang diberi. biasanya kita ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. air pada kelapa tua ini jangan dibuang, sebaliknya digunakan untuk memerah santan dari isi yang sudah diparut.
Cuma, kalau ditanya bagaimana ia disembelih, aku pun tidak tahu. Maklumlah bulunya kan tajam-tajam. hihi. apapun, dapat satu info semalam, bahawasahnya landak boleh dimakan. Menurut pengacaranya, rasa landak ni macam ayam..macam daging lembu juga. Kalau nak merasa, bolehlah ke Restoran Lembah Bernam, Sekinchan Selangor. Harganya RM24 setiap 200g.
Nota kaki: belum mengidam makan landak.
Tuesday, June 19, 2012
Postpaid vs Prepaid broadband
Akhir-akhir ini aku berfikir tentang broadband aku.
Satu bulan, RM68. limit: 4GB.
Kalau prepaid, RM18 seminggu, or sebulan RM72. Unlimited(?).Entahlah, sebab di website tulis 1GB/week. tapi boleh je aku download drama kaw-kaw.
Aku selaku orang yang suka online, atau membiarkan laptop online ketika pergi memasak.. atau pendek kata, selagi laptop tak over-heat, selagi tulah laptop ON a.k.a online...maka, termasuklah aku dalam golongan pengguna broadband yang dapat mesej warning yang berbunyi:
"Friendly Reminder: Yr Broadband usage is reaching your limit of 4GB/mth. Get additional volume now to continue enjoying ur broadband svc at its current speed. Send BROADBAND VOL to 22188."
pada setiap bulan, sebelum tibanya bulan baru.
Kalau nak elak benda ni, kenalah 'berjimat-cermat' online. Buka youtube berpada-pada. Nak tengok drama online, memang tak boleh.
Aku ambil postpaid sebab ingat benda ni laju. Berapa laju, aku pun tak ingat dah. kalau nak tahu, pergilah ke website berkenaan. Aku tak berapa minat sangat, sebab setiap kali broadband aku sampai limit dan line mulalah slow gila sampai kadang-kadang tak dapat buka langsung...maka aku pun switch ke prepaid sekejap.
Dan menurut pengalaman patik, laju postpaid dan prepaid ni lebih kurang saja pun. Coverage pun tak beza...Tak tahulah kalau diamati secara detail melalui angka-angka spesifik, aku cuma bercakap melalui pengalaman peribadi...dan rasanya ikut kawasan kediaman juga. Taman tempat aku tinggal ni, alhamdulillah line bolehlah tahan... Dah banyak bulan try prepaid ni setiap kali lebih limit. Postpaid pun bukannya laju sangat. Sama hampeh juga dengan prepaid kalau di waktu-waktu perdana.
Baru-baru ni disebabkan minggu kedua dah dapat mesej lebih limit tu, aku pun guna prepaid. Nak tahu berapa volume aku guna sepanjang guna prepaid ni? Lebih kurang 18GB sebab download drama. Kalau guna postpaid, memang tak dapatlah download drama kaw-kaw macam ni.
Line postpaid ni bukan macam Astro; kalau tak bayar kena potong dan yang 'jangka waktu' tak bersiaran tu tak dicaj. Contohnya, line Astro kena potong seminggu, maka yang seminggu tu tak akan dicaj. cuma ada extra bayar untuk caj penyambungan.
Line broadband postpaid ni, kalau tak bayar kena potong dan masih kena bayar 'jangka waktu' yang kita tak dapat guna broadband tu. Contohnya tak bayar bil sebulan, so dia potong. Kita pun tak dapat akses line sehingga kita bayar bil tersebut. walaupun tak dapat akses line, bil bulanan tetap berjalan.
Sebab tu, aku sudah mula memasang niat untuk men'terminate' line postpaid broadband. Sekurang-kurangnya kalau tiada kredit untuk purchase line, paling teruk pun tak dapat online dan tak dicaj apa-apa.
Hati memang sudah 80% mau terminate postpaid. Ya, hidup harus berani mencoba!
Nota kaki: kalau yang call aku, tak angkat-angkat tu...kemungkinan aku guna simkad prepaid aku untuk online. kalau dah terminate postpaid ni, aku belilah satu simkad prepaid khas untuk online. =p
*update:
Kalau nak jimat, cuba cari prepaid pakej 1Malaysia (Celcom sahaja). Yang ni memang susah sikit nak cari. Untuk internet cuma RM25 sebulan, dengan kuota 1G. Tapi, pssst.. rahsianya, sebenarnya sehingga update ini ditulis(Oktober 2013), internet 1M ni tiada limit. dari pengalaman, download lah drama ke lagu full blast sampai pengsan.. lajunya maintain, tidak terjejas.
Cuma untuk mencari simkad ini, mungkin kena 'berusaha' sedikit. Tapi kalau dah dapat, memang berbaloi untuk mengurangkan kos hidup.
Maklumlah, minyak selalu naik harga.

Saturday, June 16, 2012
Genting Highlands
Alhamdulillah, dua tiga menjak ni jadual Veenea kembali betul. Namun masalahnya aku pulak yang masih tak betul-betul jadual tidur. haha. Okey, hari ini rasanya aku nak bercerita tentang Genting Highlands. Masa famili datang hari tu, Adi teringin nak naik roller coaster. Jadi aku cadangkan untuk mencubanya di taman tema Genting Highlands.
Saja cadang tempat ni, nak ambil udara sejuk. Lagipun, aku dah lama sangat terperap kat rumah. Lama sangat. LLLLLLLama sangat. (ketaralah tak ke mana-mana). Aku kesian kat Veenea yang cuma kenal taman perumahan tempat kami tinggal. No wonderlah dia sekarang selalu bawa aku pergi padang bola untuk tengok 'ball'.itu pun aku cuba untuk tidak ajar dia main 'slide' di tepi padang, sebab penuh dengan budak-budak. Kalau dah cuba sekali, mesti dia tak nak balik rumah. huhu.
Kalau dari Kuala Lumpur, Genting Highlands merupakan tempat yang paling dekat untuk menikmati perubahan cuaca panas ke sejuk. walaupun kalau korang masuk mana-mana bangunan, ada air-cond yang memang sejuk, tapi memang tak boleh disamakan dengan udara sejuk yang asli. Perjalanan dari rumah (Semenyih), cuma ambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Genting Skyway. Ya, setelah selama ini naik kereta sampai ke puncak, kali ini suami aku tak rajin pulak nak drive. Dia cakap, kali ini kita naik kereta kabel.
Aku dok risau kalau Veenea takut, sebab memang dari dia kecik-kecik sampai sekarang memang tak boleh masuk lif. mesti menjerit bila lif bergerak. Jadi, aku yang memang tak pernah naik kereta kabel sebelum ni, masih tidak dapat membayangkan keadaan di dalam tu. kalau 10 saat dalam lif pun Veenea dah meraung gayat, inikan pulak perjalanan yang mengambil masa 10-15minit di tempat tinggi. Tawwakal sajalah!
Selepas park kereta di tempat yang disediakan, kami pun masuklah dalam bangunan untuk membeli tiket dengan harga RM6 seorang. Oleh kerana kami berenam (Veenea percuma), maka dicajlah RM72 untuk tiket pergi-balik. Ramai juga orang nak memanjat Genting hari tu, maklumlah cuti sekolah. Yang dari luar negara pun ramai juga. Tapi barisan ni bergerak cepat, sebab kereta-kereta kabel tu bergerak bersilih ganti tanpa henti.
Aku letak gambar sekaligus, sebab tak larat nak upload satu-satu. Dari kiri ke kanan, atas ke bawah. Gambar pertama tu saja nak tunjuk barisan yang cukup panjang, sampai Veenea terlentok-lentok di bahu daddy dia. Hah, yang gambar ketiga tulah rupa kereta kabel a.k.a gondola. selama ni aku cuma kenal gondola dalam istilah merchadising sahaja, rak di setiap hujung satu island. hahaha.harap jangan blurr sebab tetiba menyelit istilah merchandising di sini.Kalau yang kerja Tesco, Guardian, Watson, Giant dan sewaktu dengannya mesti tau.
Kalau dah masuk gondola, si awek pada gambar keempat tu akan suruh kita bergaya-gaya sebab dia nak ambil gambar. Aku pun heran juga pada mulanya, buat apa dia nak ambik gambar? Boleh aku terfikir agaknya dia dia nak ambik gambar buat majalah, hik hik..
Hah, ni saja bagi tunjuk gambar-gambar semasa di dalam gondola. Sebenarnya biasa saja. Cuma kalau pandang bawah tu, kalau spesies gayat macam adik aku si Linda memanglah rasa seram semacam. Tapi bagi aku, okey saja. Veenea pun cool. Perjalanan dalam gondola menuju ke destinasi adalah sepanjang 3.4km. Maka kita bolehlah menikmati pemandangan hutan tropika yang dah tak berapa nak dara lagi, sebab dah banyak diterokai sana-sini. Menurut encik suami yang pernah bekerja di sini suatu ketika dahulu, dulu-dulu boleh nampak gajah dan haiwan-haiwan liar lain. Tapi semasa perjalanan kami tu, nampak pokok sajalah... Haiwan seekor pun tiada.
Setibanya di stesen, barulah aku tahu kenapa awek di stesen bawah tu sibuk ambik gambar orang... Jejak kaki sahaja, dah ada orang melelong gambar kami. Buat bisnes rupanya. Ambik gambar kat bawah, lepas tu di stesen ketibaan, ada kedai kecik yang menawarkan perkhidmatan mencetak gambar kenang-kenangan yang sikit punya mahal, RM35. Tak sangka encik suami beli gambar tu. Kalau boleh minta softcopy, takpelah jugak. boleh aku upload kat facebook, haha. Tapi lepas tengok lama-lama gambar tu, sweet pulak senyuman aku. Tu pasal kut laki aku beli jugak. hahaha.
Saja tunjuk gambar ni, sebab punyalah payah nak bergambar dengan adik-adik aku tu. Mula-mula aku nak bergambar dengan si Linda, boleh dia berdiri kat hujung (dalam gambar) tu, sedangkan aku kat belah hujung satu lagi. Hampeh tul. So, dengan kreatif dan inovatifnya, aku panggil si Adi duduk tengah-tengah. Buat gaya ala-ala KRU gitu. Sampai mak aku pun suka tengok gambar kami ni. Sedangkan itu gambar tak berapa nak ikhlas ambik sama-sama, hahaha. Budak zaman sekarang macam tu agaknya..Memandangkan aku memang dari dulu asyik duduk jauh dari famili, tu yang tak berapa nak rapat dengan adik-adik ni. kekok memanjang.
Lepas tu, kami makan...masuk KFC lah, sebab tempat ni yang murah sikit kat atas tu. Yang lain semua pun restoran-restoran yang ada kelas gitu. Lepas sahaja habis makan, kami pun berjalan menuju ke Outdoor Genting Theme Park untuk memenuhi cita-cita si Adi.
Untuk pengetahuan, taman tema ni terbahagi kepada Outdoor dan Indoor. Kalau nak masuk dua-dua, harga macam di atas. Kalau nak masuk outdoor sahaja,
Dan, kalau nak masuk indoor sahaja,
Maklumat lanjut boleh rujuk di sini.
Aku tak masuk sebab bukannya nak main apapun. Adi, Linda dan mak saja yang masuk. Ramai orang, mesti giliran berbaris pun panjang. Bayangkan diaorang di dalam tu dekat 4 jam, cuma main 3 atau 4 benda sahaja, sebab giliran yang sangat panjang. Maklumlah cuti sekolah. Kalau tahu, baik ambik express pass. tak pun lain kali boleh tidur satu malam dan ambil pass 2 hari. barulah berbaloi-baloi. Tak sempat pun jenguk bahagian indoor.
Aku yang tak masuk, ambil angin sahajalah kat luar. Best jugak, sejuk-sejuk walaupun geram sebab encik suami cuma nak duduk di kerusi. Tak bagi kerjasama langsung nak berjalan. Menyesal tak bawa stroller Veenea, senang sikit aku nak tolak jalan jauh-jauh.
Dah sehari-suntuk, kami pun turunlah. naik kereta kabel lagi. Walaupun tak join sekali masuk outdoor tu, penatlah juga sebab kena dukung Veenea yang boleh tertidur dek udara sejuk yang menyamankan tu. Lainkali kena bermalamlah nampak gayanya.
Perjalanan balik ni, gondola bergoyang lebih sikit sebab angin agak kuat. Boleh dengar bunyi angin menderu. Tapi si Veenea makin seronok pulak naik gondola ni.
Siap posing tunjuk gigi rongak dia tu, hihi.
Begitulah kisah perjalanan pergi-balik ke Genting Highlands. Memang tak cukup sehari. Lain kali harus tidur bermalam.
Monday, June 11, 2012
Jewel In The Palace (Lagi)
*lagi tentang Jewel In The Palace di sini, episod demi episod berserta screenshot. akan di'update' secara berkala.
aku agak tertarik dengan 'keywords' pembaca yang sampai ke mana-mana pautan dalam blog ini, salah satunya 'drama al-hijrah jam 3.30 petang'. Mungkin sebab aku beberapa kali bercerita tentang slot drama pada waktu tersebut.

Untuk pengetahuan, drama yang disiarkan sekarang (menggantikan Cinderella Man) adalah Jewel In The Palace a.k.a Dae Jang Geum (lagi?).
Ya, disiarkan sekali lagi. Bayangkan semasa mak ayah datang rumah Disember lepas, drama ini sedang bersiaran. 6 bulan kemudian, mereka datang ke sini lagi, drama bersiri ini disiarkan sekali lagi. Aku tidak pasti punca TV Al-Hijrah memilih drama ini sekali lagi hanya dalam tempoh beberapa bulan, tapi secara peribadi aku tidak bermasalah dengan drama ini. Drama yang bagus memang patut ditonton lebih dari sekali.

Walaupun sudah hampir sedekad usia drama ini, ternyata ia masih berbisa dan meninggalkan kesan mendalam kepada para penontonnya.Ia ada fenomena tersendiri dan disiarkan di seluruh dunia seperti New Zealand(2009), Hongkong(2005), Jepun(2005), Thailand(2005), Philippine (2005),Indonesia(2005),India(2007), Canada(2005), Peru(2008), Mexico, Venezuela, Costa Rica, Puerto Rico dan banyak lagi. Jika anda membaca ulasan tentang drama bersiri ini, majoriti mengatakan ia sebuah drama yang sangat baik.
Penceritaannya meliputi politik, hubungan keluarga, hubungan ketua-pekerja bawahan, persahabatan, hidup bermasyarakat dan sudah tentu ada suntikan elemen percintaan; yang mana setiap aspek digaul penuh seimbang seterusnya memberi tunjang kekuatan drama ini. Lebih menarik apabila dikatakan ia diambil dari kisah sebenar dan ini menimbulkan rasa kagum kerana drama ini memperincikan kehidupan Seo Jang Geum dari kanak-kanak hinggalah berjaya menjadi doktor wanita yang pertama berjaya melakukan pembedahan.

Sebenarnya aku pernah bercerita tentang drama ini di entri sebelum ini (link), namun kali ini aku ada mood mahu merapuh panjang tentang drama ini.
Cerita ini bermula di bahagian (departmentlah kononnya...hihi) dapur istana, apabila Park Myeong-yi terlihat Puan Choi memasukkan herba beracun ke dalam santapan Maharani. Mereka berdua ni sebenarnya berkawan, dan merupakan junior tukang masak. Myeong-yi melaporkan kejadian tersebut kepada ketua mereka, dan turut memberitahu kawan baiknya, Han Baek-yong.Tanpa diketahui, rupa-rupanya hal memasukkan herba beracun itu merupakan satu pakatan yang mana turut melibatkan ketua mereka. Untuk 'menutup kes', Myeong-yi difitnah melakukan perkara sumbang, dan dihukum meminum racun hingga mati bagi menjaga reputasi status wanita dapur istana. Hukuman ini dijalankan hanya sesama mereka tanpa pengetahuan pihak istana yang lain. Jika diikuti cerita ini, anda akan memahami kelompok wanita dapur istana ini sebenarnya sangat 'rapat' ikatannya. Segala rahsia dan cerita-cerita berlegar di kalangan mereka, namun dalam masa yang sama mereka menutup rapat mulut mereka untuk tidak menceritakan apa-apa kepada orang lain.
Han Baek-yong bagaimanapun sempat meletakkan penawar ke dalam racun sebelum diminum Myeong-yi, dan turut menyelitkan sepucuk surat di dalam pakaian Myeong-yi sebelum 'mayat'nya disembunyikan di dalam hutan.Beberapa tahun kemudian, Myeong-yi dilihat muncul semula bersama anaknya iaitu Jang Geum ketika cuba menjejak suaminya yang ditangkap pihak istana. Pada masa inilah Puan Choi mengerahkan pembunuh upahan memburunya. Dipendekkan cerita, Jang Geum akhirnya tinggal sebatang kara dan diambil sebagai anak angkat oleh pasangan suami-isteri yang membekalkan arak kepada pihak istana.
Anda pasti tertarik dengan 'ikatan' yang wujud antara Jang Geum dan Maharaja, dari saat maharaja memerintahkan agar dia diambil sebagai wanita istana, hinggalah beberapa siri kejadian yang melibatkan mereka berdua secara tidak langsung. Juga 'ikatan hati' yang dibina antara Jang Geum dan seorang pegawai istana, Min Jung Ho yang berkhidmat dalam bahagian ketenteraan (pandai saja aku letak dia kat unit mana...haha). Menariknya kerana selaku wanita istana, Jang Geum tidak boleh berkahwin atau mengadakan hubungan dengan mana-mana lelaki kerana wanita berstatus ini adalah milik maharaja secara total. Jadi, 'percintaan' antara Jang Geum dan Min Jung Ho hanya terjalin melalui hati tanpa pengucapan yang nyata pada mulanya. Malah Min Jung Ho setia memerhatikan Jang Geum dari jauh dan ini sangat ketara ketika Jang Geum dibuang dan diturunkan tarafnya menjadi hamba ke Pulau Jeju. dia sesungguhnya lambang lelaki sejati yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan perlindungan walaupun mungkin ada ketikanya di luar pengetahuan Jang Geum.
Cerita dendam ibu Jang Geum dan Puan Choi berterusan. Di sini anda dapat melihat watak Choi Geum Yong (anak saudara Puan Choi) yang sebenarnya seorang baik, namun 'rosak' kerana pengaruh cemburu, iri hati dan keadaannya yang dibesarkan dalam keluarga yang agak 'jahat' dan suka menindas orang lain. Aku mengatakan dia ini sebenarnya seorang yang baik kerana dalam beberapa kejadian, dia sebenarnya tidak sanggup/ tidak sampai hati, namun terpaksa demi menjaga nama keluarga. Sekurang-kurangnya dia tidaklah 'berhati kering' seperti makciknya.
Manakala Jang Geum, walaupun merupakan watak 'baik' dalam cerita ini, dia masih bergelut dengan perasaan dendam atas kematian ibunya. Dalam drama ini anda boleh melihat bagaimana dia menangani perasaan dendam tesebut terutama ketika berdepan dengan Puan Choi. Dia ada peluang membunuh/mencederakan Puan Choi ketika bertugas sebagai pembantu doktor, memandangkan dia melakukan rawatan akupuntur ke atas Puan Choi. Bagaimana pada akhirnya, dia membawa Puan Choi melutut di hadapan kubur ibunya, namun tidak sesekali menganiaya atau menikam dari belakang. Apa yang dilakukannya adalah mengemukakan segala bukti, walaupun mungkin pada zaman itu 'suara' orang bawahan sepertinya susah untuk sampai ke telinga pihak berkenaan untuk diadili, apatah lagi ia membabitkan keluarga 'Choi' yang memang sangat berpengaruh.
Dari aspek sejarah, Jang Geum sesungguhnya memecahkan tradisi kerana menjadi wanita yang 'diangkat' oleh maharaja kerana ketika itu kaum lelaki merupakan golongan yang memonopoli tampuk pentadbiran istana. Sudah tentu ini menimbulkan rasa kurang senang pada banyak pihak, bak kata orang sekarang..haters gonna hate. hehehe.
Okeylah, mana mungkin aku dapat merumuskan 54 siri hanya dalam satu entri. Dari pandangan aku, drama ini boleh dibahagikan kepada 6 bahagian utama:
1) Zaman mak bapa Jang-Geum
2) Zaman kanak-kanak Jang Geum
3) Jang Geum sebagai Wanita Dapur Istana
4) Jang Geum sebagai hamba di Pulau Jeju
5) Jang Geum sebagai pembantu doktor
6) Jang Geum sebagai Doktor wanita yang disegani (dengan gelaran 'Dae')

Kalau nak tahu, tontonlah di TV Al-hijrah setiap Isnin-Khamis jam3.30-4.30 petang.
Aku terjumpa satu video kompilasi babak antara Jang Geum dan Min Jung Ho.
Sudah tentu lagu dalam Video ni bukan OST drama ni, haha.
Oh My..I have feeling yang aku akan bercerita lagi pasal drama ini di entri-entri yang akan datang. hehehe.. Tini, if you read this, tahulah kamek kenak Cha 'gila' dengan drama tuk. You should watch it.
update:
*lagi tentang Jewel In The Palace di sini, episod demi episod berserta screenshot. akan di'update' secara berkala.
Aku terjumpa satu video kompilasi babak antara Jang Geum dan Min Jung Ho.
Sudah tentu lagu dalam Video ni bukan OST drama ni, haha.
Oh My..I have feeling yang aku akan bercerita lagi pasal drama ini di entri-entri yang akan datang. hehehe.. Tini, if you read this, tahulah kamek kenak Cha 'gila' dengan drama tuk. You should watch it.
update:
*lagi tentang Jewel In The Palace di sini, episod demi episod berserta screenshot. akan di'update' secara berkala.
Labels:
dae jang geum,
drama,
drama alhijrah,
jewel in the palace
Saturday, June 09, 2012
Aquaria KLCC
Hati masih diserang kepiluan semacam sebenarnya sebab rumah yang agak meriah dengan kehadiran mak, ayah dan adik-adik semasa cuti sekolah sudah kembali sunyi selepas mereka balik. Veenea pula sentiasa gembira sepanjang kedatangan family aku, mungkin sebab banyak berjalan dan dia pun taklah sunyi sangat.
Okey, daripada dok melayan perasaan, baik aku cerita sikit pasal perjalanan kami hari tu ke Aquaria KLCC. Aku percaya ramai yang belum pernah masuk tempat tu, termasuklah My Hubby walaupun duduk dekat. Aku pernah masuk sekali dulu, tapi agak tergesa-gesa kerana masa tu kawan akulah yang buat reunion dalam tu...adakah patut. hihi.Aku terpaksa jalan laju-laju tanpa sempat memerhati, masa tu diaorang dah masuk dalam Oceanarium. Bayangkanlah aku bayar tiket hanya untuk berlari ke bahagian terakhir dalam Aquaria tu, memang rugi gila beb!
Ini harga tiket untuk pemegang Mykad/Mykid. Jadi, jangan lupa bawa IC tau!
Dewasa: RM35
Kanak-kanak (12tahun kebawah) & warga emas (60 tahun ke atas): RM25
Kanak-kanak 3 tahun ke bawah: percuma
Kanak-kanak (12tahun kebawah) & warga emas (60 tahun ke atas): RM25
Kanak-kanak 3 tahun ke bawah: percuma
Bawah ni snapshot harga tiket dari web Aquaria (hingga 10 jun 2012):
Mula-mula ayah tak nak masuk, sebab dirasakan harga tiket terlalu mahal hanya untuk melihat ikan. Haha, maklumlah di kampung sendiri ada banyak ikan. Aku cuba meyakinkan bahawa itu harga yang berbaloi. And guess what? ayahlah yang paling excited ambil gambar sepanjang dalam aquaria ni.Mak juga yang paling cool. Dia cakap tempat ini memang best sebab puas tengok haiwan yang berkaitan dengan air. Tempat ini juga terdiri daripada 2 level. Maknanya, memang ada banyak haiwan untuk dilihat. wondering kalau semua ni terlepas dan merangkak-rangkak masuk shopping complex Suria KLCC, hihihi..
Di pintu masuk, benda pertama yang menarik perhatian Veenea adalah ikan Piranha. Excited dia sebut "Fish! Fish!" Kalau dapat tengok aksi ikan-ikan ni makan tentu lagi seronok. malangnya ikan ini hanya diberi makan pada setiap jam 4pm. Lepas tu Veenea berpeluang pegang gamat dan penuh excited juga bila dia nampak tapak sulaiman, "Starfish!"
Okay, that's new and news to me. Barulah aku tahu dia tahu benda tu namanya starfish. mesti dia belajar dari TV.
macam-macam lagi haiwan yang boleh dilihat. Ular, katak, cicak, mengkarung semua ada. Mungkin ada yang tertanya-tanya, bukankah Aquaria ini sepatutnya dikaitkan dengan ikan? Ya, betul. tapi dalam masa yang sama, haiwan-haiwan yang habitatnya berhampiran dengan air turut dipamerkan.
Aku harap boleh kongsi gambar yang cantik semasa berjalan dalam Oceanarium, tapi yang tak best, aku tidak bawa kamera sebab Mr Hubby tinggalkan kamera di tempat kerja dia.
Maknanya, sepanjang family holiday ni, aku cuma menumpang kamera ayah. Dalam Aquaria ni pulak tidak dibenarkan menggunakan 'flash' camera. Jadi kalau yang kamera biasa-biasa dan tak berapa nak pro tu, memang dapat gambar yang tak berapa nak best jugaklah. Rugi betul tak bawa kamera. Nak masuk sekali lagi dalam ni, entahlah bila. Memanglah boleh pergi bila-bila masa sebab bukannya jauh pun, tapi nak dapat atmosfera bersama keluarga yang pertama kali nak merasa tu, memang takkan rasa lagi dah... Kecuali Veenea dah besar sikit, suruh paksa bawa daddy dia masuk dalam Aquaria ni, hihihi.
selepas menamatkan perjalanan, bolehlah membeli barang kenang-kenangan di kedai cenderahati. Maka itu, kalau masih nak berkira-kira nak masuk Aquaria KLCC ni, masuk sajalah. Tiada tempat macam ni di mana-mana pun dalam Malaysia ni, the one and only.
Untuk lebih informasi, boleh terus ke laman web http://www.aquariaklcc.com. Ada pakej-pakej menarik terutama untuk rombongan murid-murid sekolah. Hari cuti sekolah biasanya ada promosi istimewa. Jadi, rajin-rajinlah melawat website ini.
That's all folks! Happy holiday. =p
Thursday, May 24, 2012
Adab Melancong
Aik, melancong pun kena beradab ke? Ya, sudah tentu. Aku cuma nak sentuh part kecil sahaja, iaitu makanan. Kalau orang muslim, ya sudah tentu mesti mencari makanan yang halal...itu aku tak nak argue apa-apa. Mencari yang halal itu memang wajib.
Tapi yang aku nak sentuh pasal jenis makanan itu. Pernah aku dengar seorang kenalan yang merungut ketika berkunjung ke Kota Kinabalu, yang pertama kali buatnya. Dia mula mengatakan indah khabar dari rupalah... risik punya risik, rupanya dia tidak berkenan dengan makanan di sana. Risik lagi risik, rupanya dia mencari makanan yang pedas-pedas, nak yang tomyam, asam pedas, masak lemak cili api...pendek kata nak yang serba-serbi macam masakan di tempat asalnya.
Reaksi aku? Aku pukul dahi. Dia ni reti melancongkah tidak? Sepanjang aku berada di semenanjung Malaysia ni, aku taklah gila nak mencari ambuyat, hinava, bosou,mi rojak atau ikan ampap walaupun makanan itu pada selera aku jauh lebih sedap daripada tomyam atau rendang. Ini kerana aku sedang 'sedar diri' bahawa kaki ini memijak geografi muka bumi yang mana.
Begitu juga ketika berada di Samarahan suatu ketika dahulu. Aku tidak boleh nak buat apa-apa kalau ada di kalangan kawan yang bukan orang tempatan tidak gemar akan makanan di sana. Tapi melabel pekedai/penjual makanan sebagai tidak reti memasak hanya kerana ia tidak menyamai makanan mengikut menu tempat asal, itu bagi aku tidak patut. Apabila kita berada di tempat orang, itu bermakna kita sedang mempelajari budaya orang.
Teringat juga akan soalan yang pernah diajukan kepadaku oleh salah seorang kenalan tentang menu makanan semasa kenduri kahwin yang dihadirinya di Sabah, kenapa kena ada masakan 'masak kicap'. Pergi mana-mana pun ada masak kicap. Aku rasa nak tergelak pun ada masa tu. Nasiblah si kawan sebelah yang satu negeri dengannya cepat-cepat tolong jawab, "hang ni... samalah macam tempat kita, semua nak masak kari. Tempat orang toksah nak bandinglah." Lepas tu dia ter'blurr' sekejap, kemudian kami sama-sama ketawa. haii... biasalah tu...kadang-kadang terlupa yang makanan orang berbeza-beza.
Walaupun kita di satu negara yang sama, kita memang kaya dengan adat dan budaya tersendiri. Yang penting harus belajar saling menerima dan 'enjoy' dengan masakan yang pelbagai...asalkan halal.
nota kaki: kalau kat Amerika, pandai pulak cakap kena belajar makan roti, sebab tiada nasi. apa dah....
Wednesday, May 23, 2012
Kisah cikgu disiplin
Aku percaya... semasa zaman sekolah, masing-masing ada cerita mengenai 'cikgu garang'.Mitos (mungkin juga fakta) yang paling popular adalah, guru yang memegang jawatan 'cikgu disiplin'. Jarang-jarang aku dengar cikgu disiplin yang lemah-lembut. Semuanya tegas belaka. Masih ingat lagi sebelum masuk tingkatan 1 di SMARD dahulu, aku sudah mendengar tentang kegarangan Cikgu Lily dan Cikgu Farman melalui rakan-rakan sekampung yang lebih senior. Sampai risau dibuatnya nak masuk sekolah menengah waktu tu.
Masuk SMARD, pertama kali terlihat akan cikgu-cikgu disiplin sidang petang ini (sesi tingkatan 1-3), aku memang sudah ada mentaliti 'takut'. Dengar-dengar dahsyatlah kegarangan mereka ini. Malah, waktu tingkatan 1, aku pernah menjadi mangsa 'gunting' Cikgu Lily kerana rambut panjang di hadapan, melebihi paras kening.(masa tu tak pakai tudung lagi). Bengang pun ada masa tu sebab Cikgu Lily potong rambut senget 45 darjah. Jadi bila aku 'repair' rambut, memang terpaksa potong pendek gila-gila. Rasa macam kartun pun ada.
Masuk tingkatan 2, aku berpeluang mendekati Cikgu Lily melalui Kelab Pencinta Alam. Setelah terlibat dengan banyak aktiviti, aku rasa Cikgu Lily ni sebenarnya taklah garang mana. Dia garang waktu peraturan dilanggar sahaja. Kalau waktu biasa-biasa, dia sporting sebenarnya. Begitu juga selepas beliau menjadi guru yang mengajar BI di kelasku. Tak dahsyat pun. janji, jangan langgar peraturan..itu sahaja! Malah, sepanjang waktu belajar di SMARD, sebagai ketua Kelas dari tingkatan 2 sampailah tingkatan 5, aku memang kena selalu masuk bilik disiplin untuk menghantar apa-apa laporan. Kebetulah guru displin yang lain seperti Cikgu Mohd Asrah adalah cikgu matematik aku semasa tingkatan 1, Cikgu Johari pula cikgu BI aku semasa tingkatan 2, dan yang paling best, Cikgu Bayani merupakan 'mak' atau mentor aku semasa di tingkatan 3. Semua pun guru disiplin. Tapi hubungan aku baik dengan mereka semua.
Masuk tingkatan 4, aku berkenalan lagi dengan seorang guru disiplin sidang pagi(sesi tingkatan 4-6), iaitu Cikgu Zaiton. Sebenarnya garang cikgu ni hanya pada ketegasannya. Pernah sekali aku datang lambat ke sekolah, aku dan pelajar lain yang senasib disuruhnya pungut sampat di sekitar 'kolam ikan Cikgu Ashmir' (sebab Cikgu Ashmir selalu bagi ikan makan..hihi). Aku yang memang sebenarnya agak nakal, boleh main-main waktu tu. Walaupun Cikgu Zaiton tengah cekak pinggang, aku boleh dok senyum-senyum. lagipun 'jenayah' yang aku buat bukannya dahsyat pun...salah drebar van yang lambat hantar kami ke sekolah.
namun, 'cikgu disiplin' yang paling aku kenali dalam hidup aku adalah ayah aku sendiri. Ayah memang garang dengan budak-budak sekolah yang nakal-nakal. Tidak dinafikan kami adik-beradik (dengan abang...masa tu adik belum lahir) pun turut sama 'didisiplinkan' di rumah. Lagilah memang sah-sah aku ni agak nakal dahulu. Namun, bagi aku mana-mana cikgu disiplin pun sebenarnya berhati baik. Di rumah (selain waktu mendisiplinkan), ayah seorang ayah yang sangat penyayang. Semua cikgu disiplin di sekolah tu pun orang juga macam kita. Ada keluarga, ada adik-beradik, suami, isteri, dan anak-anak.
Dah tua-tua ni, bila terkenang balik memanglah senyum-senyum sendiri. sekarang ni ramai pula kawan-kawan yang jadi cikgu. Hah, barulah mereka merasa dan faham kenapa perlu menjadi tegas dengan anak-anak murid. ada yang siap tulis dalam Facebook akan kenakalan murid-murid yang ponteng kelas tapi dia tak tahu nak bereaksi macam mana memandangkan dahulu dia juga pernah ponteng kelas...malah Semua geng-geng ponteng dia pulak dah jadi engineer, pegawai tinggi... jadi dia menyimpulkan budak-budak ponteng ini kita tak boleh tuduh 'macam-macam', sebab mereka mungkin jadi orang-orang yang hebat kelak. Hmmm..nak dijadikan cerita, aku pun pernah ponteng kelas dan pernah didenda zaman sekolah dahulu. Tapi ponteng aku setakat merayau di dalam kawasan sekolah ataupun ponteng kelas tambahan. tidaklah sampai buat benda-benda pelik. masih dalam kategori ponteng 'budak baik' lagi. hihi. Alhamdulillah, geng-geng ponteng aku semua jadi 'orang' dan punya kerjaya yang hebat-hebat.
Kedudukan guru disiplin di sekolah memang sangat penting... Tanpa mereka, mungkin 'kenakalan' aku menjadi-jadi waktu itu. Kepada cikgu-cikgu yang aku sebut namanya di atas, terima kasih kerana 'menjaga' aku sepanjang waktu belajar di SMARD. Tanpa kalian, siapalah aku...
Tuesday, May 15, 2012
Videoklip Kuch Kuch Hota Hai
Selepas tengok filem Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) hari tu di TV2, aku memanglah di alam mood romantik begitu... Disebabkan CD KKHH aku sudah hilang entah ke mana, aku pun mencarilah di dalam youtube. Habis satu filem aku download (21 files). hohoho. walaupun kualitinya memanglah kureng, malah banyak 'cut' sana-sini.. kira ok lah..lagipun aku memang sudah hafal jalan cerita.
Aku sekali lagi mencari bahagian lagu tertentu pada filem ini. Biasalah, bukan filem hindustani namanya kalau tiada lagu. Istimewanya filem ini, semua dan SEMUA (aku bagi huruf besar lagi) lagu dalam filem ini bukan tangkap muat punya. Semua best.
Aku jumpa pautan ini dalam youtube,
Ini antara scene cum lagu favourite aku, sebabnya Kajol nampak betul-betul cantik (di mata akulah). Apatah lagi selepas separuh movie sebelumnya Kajol berimejkan gadis tomboi sepenuhnya. Bila keluar lagu ni, memang totally transform sampai rasa mata tidak berkelip tengok si Kajol.
Dari peng'upload' yang sama, ada lagu-lagu filem KKHH yang lain. Siapapun orang yang memuat-naik video ni, aku betul-betul rasa 'wow' sebab kualiti video yang sangat bagus..maksud aku pixel (atau apa-apalah istilah yang sewaktu dengannya) video ni. Aku selalu ada mind-set kalau video dari youtube, kualitinya agak kureng sikit. Kalau pun ok, mesti saiznya besar gedabak yang lambat macam siput untuk di'loading' sekaligus memenuhkan kuota broadband aku dengan cepat sebelum hujung bulan. Tapi video-videoklip ni rasa berbaloi. Kualiti ok pada saiz fail yang ok lah.. masihlah berpuluh MB, tapi rasa puashati. Mungkin sebab 'menatang' 'blu-ray' tu ke apa? hahaha. Maaflah, sejak habis belajar, pemikiran ala-ala teknologi/multimedia aku sudah tidak ter 'up-to-date' dah.
Itulah saja aku mau cakap. kantoi kan, yang aku ni boleh tahan berjiwang-jiwangan. Tidak banyak filem hindustan yang aku layan sepanjang hidup aku...mungkin dalam 10++ filem. Bohonglah kalau aku cakap cuma tengok 10 filem..lebih. tapi yang aku ingat cuma dalam sekitar jumlah itu...kalau aksi tumbuk-tumbuk terbang-terbang tu memang aku tak ingatlah...hihi. tapi yang ini memang sangat terkesan di hati aku. Cerita yang berkisar tentang kekeluargaan, persahabatan dan sudah tentu percintaan. Yang penting bukan seperti kebanyakan (tidak semua) filem romantik Barat yang biasanya beraroma atau gerenti punya terselit adegan seks. O_o. Betullah, cuba fikir-fikir balik.
Hmmm. Lama aku tunggu Karan Johar membuat filem yang 'berhantu' macam ni lagi. memang ada banyak filem, macam Kal Ho Naa Ho, Khabi Khusi Khabie Gham.. tapi masih tidak seperti KKHH. Mungkin sebab filem ini ada kekuatan tersendiri..the chemistry between Hero and Heroine, lagu-lagu dan koreografi tarian yang begitu 'blended' dengan tema...yup again, jalan ceritanya. Cerita biasa yang ada sentuhan luar biasa.
Monday, May 14, 2012
Mengenang UNIMAS 2
Macam bermusim pula.
Sejak dari hari aku mencari nama kafeteria di Unimas kampus lama hari itu, banyak pula status update dan gambar-gambar lama diupload ke Facebook oleh kawan-kawan. Jadi, aku memang sekarang totally dalam mood mengenang memori daun pisang di UNIMAS kampus lama.
Ada seorang kawan tu, dia upload punyalah banyak gambar. Seratus lebih keping. Tapi macam aku cakap, aku ni invisible. Kalau aku jumpa muka aku dalam album gambar-gambar tu, memang tersangatlah magis! haha. Anehnya, aku boleh cam kesemua wajah-wajah dalam gambar-gambar tu walaupun mereka dari latar belakang fakulti berbeza.
Dalam banyak-banyak gambar, aku terperasan satu gambar.
Gambar ni aku sudah 'crop', sebab insan-insan dalam gambar tu bukannya kenal sangat pun dengan aku. Entah-entah tak perasan pun kewujudan aku. Hahaha. Jadi, sebenarnya aku nampak poster kecik tu. Aku jamin 100%, dia seorang pun warga UNIMAS yang ingat akan poster ini. Tapi aku ingat, sebab aku yang design poster ni. Sekali design dengan bannner besar yang diikat pada pokok kayu tepi tasik kalau tak silap.
Wah, rupanya aku pernah design poster! Poster tu direka untuk pihak MPP (Majlis Perwakilan Pelajar - walaupun aku memang tiada kaitan dengan MPP) untuk bulan pungutan derma bantuan mangsa gempa di Iran. Apa yang aku ingat, aku buat poster ni sebab salah seorang ahli MPP ni, kawan sekelas aku..si Cha. Dia minta aku buatkan. Aku yang memang gemar bermain dengan grafik (pada masa itu), dengan senang hatilah membuatnya...
It's weird, sebab aku masih ingat kata-kata puitis yang aku reka atas poster tu, "Berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggungnya.." something like that lah bunyinya. or, "Berat bahu memikul, berat lagi hati yang menanggungnya". Either onelah.
Itulah saja. walaupun terselit kecik di antara ratusan gambar, (kat bawah kaki pulak tu), ia sedikit sebanyak mengetuk salah satu kotak kecil memoriku.

Saturday, May 12, 2012
Mengenang UNIMAS
Dah lama meninggalkan dunia kampus.
Tapi manalah boleh lupa kan? Walaupun aku lebih bersifat 'invisible' semasa zaman study, dan tidak sure berapa ramai sebenarnya yang perasan dengan kehadiran aku. maklum saja, aku bukan pelajar yang terror dalam programming, bukan student power pointer, jauh sekali berangan untuk jadi best student. Lecturer pun tidak perasan kut, sebab tu tidak pernah nama naik untuk ditanya para lecturer semasa kuliah. Ya, I'm invisible. Some of my friend ingat aku ni budak FSGK (seni), since perangai aku yang memang very silent dan hidup di dunia sendiri.
Lagilah aku ni pelajar menambah semester. Sendiri cari penyakit masa tu. sudahlah invisible, 'malas' pula tu..hahaha.. bukan malas apa, malas ambik jam kredit banyak-banyak. Kalau sudah ambik 12-15jam kredit saja 1 sem, jangan mimpilah nak habis on time kan. Tapi,itulah..fikir tidak habis-habis, mau senang saja. Yang aku pelik, biasiswa mau juga support time tu. Sudahnya, time konvo macam alien. sebab semua kawan-kawan konvo dulu.
Satu kenangan manis di UNIMAS, aku main gamelan. bukan main saja, jadi golongan 'ketua-ketua' bersama kawan baikku, Azura. se'invisible' aku, ada juga sesuatu yang buat aku tersenyum. Bestnya main gamelan, aku dapat masuk dewan konvo tiap-tiap tahun. bukan setakat tiap tahun, tapi setiap sidang. Sampai rasa nak request masa tu, boleh tak aku rehat untuk satu sidang? Tak boleh! hadoi.. susah jugak kalau semakin pupus kewujudan orang Melayu yang reti main gamelan..anak Dusun ni juga yang takeover.hihi.. (actually, orang Melayu, Iban, Melanau, Cina pun ada).
Kalau jadi student, peluang merasa suasana konvo hanya sekali, iaitu sewaktu diri sendiri berkonvo. Kecuali kalau jadi AJK yang menyibuk dalam dewan, terasalah tempias-tempias dan bolehlah tumpang feel konvo. Satu lagi caranya, jadilah pemain gamelan. Main muzik live untuk orang-orang terima skrol. Walaupun mungkin tidak glamour langsung, sebab orang tidak pandang. duduk nun jauh di belakang (time tu lah...tidak tau sekarang macam mana). Kalau yang tidak alert, mesti orang ingat bunyi gamelan tu cuma soundtrack dari CD player.
Jadi, ceritanya aku sampai muak tengok orang konvo. bukan apa, sakit tangan...ingat pukul bonang tu tidak penat? tapi, aku tumpang bangga. Bangga dan rasa disuntik semangat tengok kelegaan di wajah setiap student yang naik pentas. Lawaknya, part ucapan dari wakil student. Tiap tahun skrip sama, tiap sidang guna skrip yang sebijik...pengucapnya saja lain-lain (biasanya pelajar penerima anugerah).
Jadi, aku percaya ramai ibubapa dan student yang tertipu..ingat skrip tu student tu yang buat. Yang tak tahan, sampai nangis-nangis. ada satu sidang tu, tukang ucapnya berjaya membawakan ucapan dengan penuh feeling (kawan aku sendiri...si wawa). suara dia memang semulajadi bunyi macam orang nak nangis kalau time terkena pitching tinggi, kami kawan-kawan dia semua sedia maklum akan suara sizuka dia.. Jadi, satu dewan masa tu ingat dia nangis. semua parents pakat berdiri tepuk tangan. tiba-tiba jadi 'drama' pulak..hadoilah. Kalau dikenang balik, aku tergelak sendiri.
Aku tidak pasti teks ucapan tu dah bertukar atau belum sekarang ni.. last penutup mesti ada pantun "anak ayam turun sepuluh" tu. (para junior, silalah update kalau terbaca).
Sudah 6 tahun berlalu. kampus sekarang pun sudah jadi kampus baru. student UNIMAS sekarang boleh bangga sebab belajar dalam bangunan canggih-canggih. Tangki air pun cantik. Bukan macam kami dulu, blok papan. Kafe pun 3 biji saja...kalau tidak pohonmas, keranji..kalau tidak keranji, ensurai.. kalau time cuti, rasa patah kaki sebab semua tutup..terpaksa jalan kaki ke warung 2000 di luar kawasan. Tapi specialnya...semua student memang 'kenal' antara satu dengan lain. walaupun mungkin sekadar berselisih, tapi sebab saiz kampus yang 'minimalis', kami bertembung sangat kerap.
UNIMAS kini dalam kenangan. moga-moga suatu masa aku boleh pijak lagi kaki ke sana sebab rindu dengan suasananya..
P/s; thanks to my bro, yang terlebih rajin memformat my harddisk dengan jayanya sewaktu ketiadaanku.habis semua gambar konvoku diformat sekali. of course aku tidak sempat buat backup masa tu, it just 2 weeks after convo.. lost all of it... gambar konvo aku yang besar gedabak di rumah tu pun kena banjir. huhu.

rasa macam betul-betul invisible.
..
...
....
..
...
....
nasiblah ada sekeping gambar ni, itupun cilok dari friendster kawan dulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)